Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ber] | سيبر

Definisi : berkaitan dgn komputer dan Internet: Internet ibarat pasar raksasa yg menemukan pembeli dgn penjual dlm ruang ~; ibu bapa kini menghadapi cabaran yg lebih besar dlm mendidik anak-anak yg membesar dlm dunia ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ber] | سيبر

Definisi : berkaitan dgn komputer atau Internet: Ibu bapa menghadapi cabaran utk mendidik anak dlm dunia ~ ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siber


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cybersecuritykeselamatan siberTeknologi MaklumatTiadaAmalan untuk mempertahankan aset siber seperti rangkaian, sistem, maklumat dan program atau aplikasi daripada ancaman siber seperti curi, kompromi atau serangan. Kaedah ini memerlukan pemahaman tentang ancaman maklumat yang berpotensi, seperti virus dan kod hasad yang lain. Strategi keselamatan siber termasuklah pengurusan identiti, pengurusan risiko dan pengurusan insiden.
cybersecuritykeselamatan siberTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAmalan untuk mempertahankan aset siber seperti rangkaian, sistem, maklumat dan program atau aplikasi daripada ancaman siber seperti kecurian, kompromi atau serangan. Amalan ini memerlukan pemahaman tentang ancaman maklumat yang berpotensi, seperti virus dan kod hasad yang lain. Strategi keselamatan siber termasuklah pengurusan identiti, pengurusan risiko dan pengurusan insiden.
cyber warperang siberUmumTiadaPerang yang menggunakan teknologi komputer dan Internet untuk memusnahkan sesebuah organisasi atau negara, terutamanya dengan cara perang saraf melalui alam siber atau melumpuhkan sistem komunikasi dan prasarana siber. Sinonim cyber warfare.
cyber warfareperang siberUmumTiadaPerang yang menggunakan teknologi komputer dan Internet untuk memusnahkan sesebuah organisasi atau negara, terutamanya dengan cara perang saraf melalui alam siber atau melumpuhkan sistem komunikasi dan prasarana siber. Sinonim cyber war.
cyber-dependent crimejenayah bergantung siberKriminologiKeadilan JenayahKesalahan yang hanya boleh dilakukan dengan menggunakan komputer, rangkaian komputer atau bentuk teknologi maklumat dan komunikasi yang lain. Apabila jenayah bergantung siber dilakukan, jenayah ini akan dikenali sebagai jenayah siber.
cyber hacktivismaktivisme godam siberTeknologi MaklumatTiadaTindakan penggodaman ruang siber yang bermotif politik atau sosial yang biasanya dituju kepada sistem komputer atau laman web kerajaan atau organisasi.
cyber terrorismkeganasan siberKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kekerasan yang dirancang oleh individu atau kumpulan yang menggunakan ruang siber untuk menyerang pangkalan data, sistem komputer atau bentuk teknologi maklumat dan komunikasi yang lain di sesebuah negara. Tujuan utama serangan ini adalah untuk mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Jenayah ini biasanya dilakukan berdasarkan kepentingan ekonomi atau fahaman politik. Contohnya, penyebaran virus yang bertujuan untuk melemahkan dan menjejaskan sistem komputer sesebuah negara.
cyber resiliencekebingkasan siberTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKemampuan organisasi untuk berdaya tahan dan bertindak pantas dalam menghadapi dan memulihkan perniagaan daripada serangan siber.
cyberslackerpenculas siberTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaIndividu yang menggunakan kemudahan Internet dan e-mel majikannya untuk melakukan aktiviti peribadi semasa waktu bekerja seperti bermain permainan dan membeli-belah secara dalam talian serta melayari laman media sosial.
cyberattackserangan siberTeknologi MaklumatTiadaSebarang percubaan niat jahat yang sengaja dilakukan oleh mana-mana individu, pihak atau organisasi untuk mengambil kesempatan dengan mendedahkan, mengubah, melumpuhkan, memusnahkan, mencuri atau mendapatkan akses tanpa izin yang menyasarkan sistem komputer atau jaringan komputer dengan menggunakan satu atau lebih komputer penyerang.
1234

Kembali ke atas