Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.fat] | صيفت

Definisi : 1. keadaan atau rupa sesuatu benda yg dapat dilihat: adapun ~nya itu kulihat tinggi besar, mukanya bujur sirih; kekurangan ~ cacat pd badan; 2. keadaan yg dipunyai oleh sesuatu (benda, orang dll), tanda-tanda yg khas utk mengenal sesuatu benda: puisi mem­punyai ~ yg berlainan drpd prosa; ~ kimia sesuatu asid; 3. (dasar) pembawaan seseorang, perangai, tabiat, watak: itu sudah ~ seorang perempuan; bersifat mempunyai sifat: seni ~ universal; manusia ~ lemah; menyifatkan 1. menggambarkan, mengi­sahkan, menceritakan: dapatkah kamu ~ bagaimana rupa haiwan ini ketika ia masih hidup? 2. menganggap sesuatu sbg: beliau ~ mereka sbg musuh dlm selimut; tersifatkan terperikan, terkatakan, terkha­barkan: maka hairanlah hati Raja Iskandar, tiada dapat ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.fat] | صيفت

Definisi : 1 keadaan atau rupa sesuatu ben­da yg dpt dilihat: Kalau menilik ~nya, binatang itu serangga. kurang ~ tidak cukup sifatnya (spt tidak berkaki). 2 tanda-tanda yg umum utk mengenali sesuatu; keadaan yg ada pd sesuatu: Kekal ialah salah satu ~ Allah. 2 ke­lakuan atau tabiat yg dimiliki seseorang; perangai: ~nya peramah. ~ tekun ist sifat sesuatu benda utk terus kekal tetap atau terus bergerak pd garisan yg lurus (jika benda itu sedang bergerak dan tidak diganggu oleh kuasa lain). bersifat mempunyai sifat; berperangai: Adiknya ~ pemalu. menyifatkan 1 menceritakan sifat-sifatnya; menggambarkan: Dapatkah kamu ~ rupa hantu itu? 2 merupakan dirinya spt: Apabila diparang, dia ~ dirinya spt harimau. 3 menganggap sbg: Panglima itu ~nya sbg musuh dlm selimut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sifat (kata nama)
1. Bersinonim dengan keadaan: rupa, tanda, ciri, bentuk, corak, peri, hal,

2. Bersinonim dengan pembawaan: perangai, watak, kelakuan, tabiat, fitrah, kebiasaan, resam, adat, laku, kelakuan, afal, khalikah, khuluk,

Kata Terbitan : bersifat, menyifatkan,

Puisi
 

Anak ayam turunnya lima,
     Mati seekor tinggalnya empat;
Budi Tuhannya sudah diterima,
     Supaya hambanya membaca sifat.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Hitam bagai buntut (= pantat) belanga.

Bermaksud :

Perihal keburukan sifat seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
humanismhumanismeKesusasteraanTiadaFahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah �humanis� pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebih memberatkan keunggulan nilai dan pengalaman manusia serta mengutamakan kesempurnaan kehidupan duniawi. Sikap humanisme ini bertentangan dengan sikap Kristian Zaman Pertengahan yang melihat manusia sebagai orang yang berdosa dan terkutuk, justeru mereka mengharapkan penyelamatan daripada juruselamat. Dominasi sains dan industri pada abad ke-19 mendorong ramai pengarang, terutamanya Matthew Arnold mementingkan nilai-nilai humanis dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang. Humanisme Baharu Amerika pada tahun 1920-an dan 1930-an juga menegaskan tuntutan yang sama terhadap nilai humanis tersebut. Dengan idealisme tentang manusia yang seimbang, golongan ini menentang dakwaan sains. Humanisme jenis ini amat berpengaruh dalam sastera dan budaya Anglo-Amerika. Idea pusatnya adalah mengenai individu yang utuh dan bebas sepenuhnya sebagai penentu nasibnya sendiri. Pemikiran humanisme tentang keagungan manusia umumnya kini dicabar oleh pendirian pascastrukturalisme. Golongan pascastrukturalis lebih cenderung menggantikan konsep keutuhan dan kebesaran manusia dengan idea �subjek� yang dicirikan oleh fragmentasi dan ketidakutuhan. Sebagai �subjek�, manusia bukan lagi penentu nasibnya sendiri.
patternpolaKesusasteraanPuisiPola bermakna sifat-sifat atau ciri-ciri khusus yang terdapat pada puisi tradisional mahupun moden yang menentukannya bentuk puisi tersebut seperti pantun, syair, teromba, seloka dan sebagainya. Umpamanya puisi tradisional khususnya bentuk pantun empat kerat yang mempunyai pola rima hujungnya a b a b, manakala syair mempunyai pola yang tetap iaitu a a a a.
iconic symbollambang ikonikKesusasteraanPuisiLambang yang mempunyai sifat-sifat ikonik yang digunakan oleh penyair bagi mewakili sesuatu yang lain sama ada berupa objek atau unsur-unsur kemanusiaan. Dalam puisi ini 'merpati putih' melambangkan kedamaian dan keamanan seperti yang digambarkan dalam puisi "Merpati Putih, Jelajahilah Dunia ini" karya Usman Awang. Merpati putih, jelajahilah dunia ini! Hembuskan udara baru yang kauhirup dari malam, Biar bunga-bunga mekar menguntum, Biar bibir-bibir segar tersenyum.
quantum mechanicsmekanik kuantumKejuruteraanTiada1. Bidang sains berkaitan dengan sifat-sifat atom dan molekul berdasarkan hubungan kedualan antara jirim dan sinaran gelombang.
heroic poetrypuisi wiraanKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan tentang tokoh sejarah, terutama yang berhubung dengan sifat-sifat kepahlawanan, kegagahan, keberanian dan ketaatsetiaan terhadap pemerintah. Contohnya, puisi "Tok Janggut" karya Rahimidin Zahari.
colloidal systemsistem berkoloidFarmasiTiadaSistem yang terdiri daripada sebarang agregat bahan-bahan yang menunjukkan sifat-sifat suatu koloid seperti sol, gel, emulsi dan lain-lain.
emblematicnama lambangKesusasteraanTiadaNama yang diberikan kepada watak dalam sesebuah cereka. Nama ini sebenarnya menepati dan memperlihatkan sifat-sifat sebenar watak tersebut. Melalui nama lambang, pembaca dapat mengetahui ciri-ciri seseorang watak, sama ada tegas, berani, bengis, gagah, cantik, penakut, pemalas dan sebagainya. Dengan kata lain, nama lambang memaparkan ciri-ciri peribadi sebenar watak. Ciri-ciri ini tergambar melalui sifat fizikal dan spiritual watak yang dilukiskan oleh pengarang dalam karyanya. Unsur nama lambang banyak terdapat dalam karya Melayu tradisional, khususnya melalui nama putera dan puteri raja Melayu yang memainkan watak hero atau heroin. Hal ini sama tergambar dalam nama puteri-puteri Melayu yang dilukiskan dengan begitu indah demi menggambarkan kecantikan dan kejelitaan mereka. Contohnya, nama Pak Pandir ialah perlambangan watak yang bodoh sementara Lebai Malang pula menggambarkan watak yang sentiasa dirundung malang.
zonezonPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan atau daerah yang boleh dikenal pasti mengikut ciri-ciri atau sifat-sifat tertentu.
carbon nanotubenanotiub karbonFizikNanoteknologiKepingan grafit yang digulung dalam bentuk tiub atau silinder dengan diameter beberapa nanometer. Molekul karbon ini mempunyai sifat-sifat yang berpotensi digunakan dalam nanoteknologi, optik dan bidang sains bahan yang lain. Sifat istimewa tiub ini adalah terlalu kukuh, ciri elektrik yang unik dan konduktor haba yang sangat baik. Terdapat dua jenis nanotiub, iaitu nanotiub dinding tunggal dan nanotiub berbilang dinding.
optimum waterair optimumKejuruteraanTiadaIsi padu air yang digunakan untuk membancuh simen agar memberikan buburan simen dengan sifat-sifat yang paling baik, sesuai untuk penggunaannya yang khusus.
12345678910...

Kembali ke atas