signal transduction pathway | tapak jalan transduksi isyarat | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Tindak balas kimia dalam sel yang berlaku apabila molekul seperti hormon, bergabung dengan reseptor pada membran sel. |
signal intensity | keamatan isyarat | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Tahap keamatan gelombang bunyi bagi mengesan ketakselanjaran atau mengukur ketebalan sampel yang boleh diubah dengan meninggikan atau merendahkan amplitudnya. Keamatan isyarat dinyatakan dalam unit desibel (dB) yang merupakan bacaan perubahan dalam keamatan bunyi dengan asas logaritma seperti formula yang berikut: dB = 20 log (h1/h2), Dengan h1 ialah ketinggian isyarat bagi pantulan pertama dan h2 ialah ketinggian isyarat bagi pantulan kedua. Contohnya, jika terdapat dua pantulan dengan nisbah 10:1, perbezaan (dB) dalam ketinggian gema adalah seperti yang berikut: dB = 20 log (10/1) = 20 dB |
signal-to-noise ratio | nisbah isyarat terhadap bisingan | Kimia | Kimia Analisis | Nisbah kekuatan isyarat dibandingkan dengan bisingan peralatan. |
signal | isyarat | Kimia | Kimia Analisis | Sebarang gambaran visual, bunyi, dan lain-lain hasil daripada perubahan fizikal atau kimia sistem yang dikaji. Isyarat dapat memberikan maklumat tertentu. |
directional signal | isyarat pandu arah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Isyarat lampu pada kereta untuk memberi petunjuk arah ke kiri atau ke kanan. |
analog signal | isyarat analog | Sains Sukan | Biomekanik | Isyarat elektrik yang berubah saiz dan frekuensinya kerana perubahan persekitaran seperti bunyi, cahaya, haba, posisi dan tekanan. |
virtue signal | isyarat murni | Psikologi | Tiada | Pernyataan umum atau sentimen yang bertujuan untuk menunjukkan budi pekerti atau hati nurani sosial seseorang atau ketepatan moral pendirian seseorang dalam isu tertentu. |
back reflection signal | isyarat pantulan belakang | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Isyarat yang terhasilapabilatenaga ultrasonik dipantulkan daripada permukaan belakang bahan uji yang berlawanan arah dengan permukaan prob yang digunakan. Isyarat ini digunakan secara meluas untuk mengukur ketebalan bahan dan mengesan ketakselanjaran. |
bilateral contral-ateral routing of signal (bicross) hearing aid | alat bantu pendengaran laluan isyarat kontralateral dwilateral | Sains Kesihatan | Tiada | Alat bantu pendengaran yang mempunyai sistem mikrofon yang diletakkan pada kedua-dua telinga individu yang mempunyai masalah pendengaran asimetri. |
chemical fingerprinting | pencapjarian kimia | Herba | Pemiawaian | Proses penghasilan signal unik yang menunjukkan kehadiran sesuatu molekul tertentu. Pencapjarian kimia dilakukan dengan menggunakan teknik analisis khusus seperti kromatografi atau spektroskopi. Pencapjarian ini digunakan untuk mengenal pasti sesuatu herba dalam sampel yang tidak diketahui. Contohnya, pencapjarian tongkat ali (Eurycoma longifolia) berdasarkan sebatian eurikomanon. |