Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. surat gulungan, daftar: disuruh suratkan pd suatu ~ segala nama yg mengikrarkan tauhidnya; 2. surat akuan (dr sekolah, pihak berkuasa, dll), surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll: S~ Rendah Pelajaran; pensijilan pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkan: ~ itu melam­bangkan kualiti kereta Proton sekali gus me­ningkatkan keyakinan pengguna antara­bangsa; sistem ~ terbuka Sijil Pelajaran Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll; surat akuan dr sekolah dll: ~ Pelajaran Malaysia. persijilan hal atau urusan berkaitan sijil: bahagian ~. pensijilan pemberian sijil kpd seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yg ditetapkan: ~ itu membuktikan bahawa barangan yg dikeluarkan ber­kualiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sijil (kata nama)
1. Bersinonim dengan daftar: surat gulungan

2. Bersinonim dengan surat akaun: ijazah, diploma, syahadah.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lost instrument bondbon instrumen hilangPentadbiran PerniagaanTiadaApabila tuan punya sijil saham kehilangan sijil tersebut, insurer tidak akan mengeluarkan salinan selagi tuan punya sijil tidak mendapatkan bon ganti rugi yang memberi jaminan bahawa tuan punya sijil akan menyerahkan sijil asal kepada syarikat penjamin apabila sijil itu dijumpai.
mudarabah certificatesijil mudarabahEkonomiEkonomi IslamSijil yang mencatatkan nama penyimpan, bank pengeluar dan amaun yang disimpan dengan menggunakan akad mudarabah. Sijil ini dikeluarkan untuk memobilisasikan dana pelaburan. Sijil tersebut berbentuk khusus dan am. Sijil mudarabah khusus dikeluarkan untuk membiayai projek khusus dan hanya matang apabila projek tersebut selesai. Sijil mudarabah am pula boleh mempunyai tempoh spesifik atau tidak spesifik, tetapi dana boleh dilaburkan dalam semua aktiviti halal. Kedua-dua sijil boleh dikeluarkan dalam bentuk yang boleh diurusniagakan.
grading certificatesijil pemeringkatan; sijil penggredanPerhutananTiadaTiada
sukuk/trust certificatesukukEkonomiEkonomi IslamSijil yang menunjukkan bukti pemilikan dan hak tuntutan perolehan. Pemegang sijil boleh memiliki aset mengikut kadar tertentu. Perolehan boleh dituntut oleh pemegang sijil berdasarkan kepada prinsip tertentu seperti prinsip al-ijarah, musyarakah dan mudarabah. Sekiranya aset tersebut boleh diniagakan maka sijil tadi dikenali sebagai sijil aset kewangan boleh niaga. Sebaliknya jika aset tersebut tidak boleh diniagakan maka sijil berkenaan dikenali sebagai sijil kupon sifar tak boleh niaga. Contohnya sukuk ijarah, sukuk mudarabah dan sukuk musyarakah.
Eurodollar certificate of depositsijil deposit dolar Eropah/sijil deposit dolar EuroPentadbiran PerniagaanTiadaSijil deposit yang dinyatakan dalam dolar Amerika dan dikeluarkan oleh bank di luar Amerika dengan faedah dan pokok dibayar dalam mata wang dolar Euro.
digital certificatesijil digitalTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSijil elektronik yang mendedahkan butiran peribadi semasa melakukan urus niaga dalam web. Sijil ini dikeluarkan oleh autoriti pensijilan dan mengandungi nama pemegang, nombor siri, tempoh tamat, salinan kekunci awam pemegang sijil yang digunakan untuk penyulitan mesej dan tandatangan digital, serta tandatangan digital autoriti pengeluar sijil supaya penerima boleh mengesahkan kesahihan sijil tersebut.
sahmsijil sahamPerniagaan IslamTiadaDokumen yang dikeluarkan kepada pihak berkepentingan seperti pelabur untuk membuktikan haknya dalam pemilikan perniagaan. Contohnya, sijil saham syarikat atau sijil saham koperasi. Sinonim asham.
Eurodollar certificate of depositsijil deposit dolar Eropah/sijil deposit dolar EuroEkonomiTiadaTiada
renewal certificatesijil pembaharuanPentadbiran PerniagaanTiadaSijil ringkas yang digunakan untuk membaharui polisi. Sijil ini merujuk kepada polisi asal dengan menggunakan segala peruntukan tetapi tidak menyatakan lagi perjanjian insurans, pengecualian dan syarat-syarat.
certificate of registrationsijil pendaftaran/perakuan pendaftaranAeroangkasaTiadaSijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk pendaftaran pesawat udara.,Sijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk pendaftaran pesawat udara.
12345678910...

Kembali ke atas