xenophobia | xenofobia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid. |
battle of the books | perang buku | Kesusasteraan | Tiada | Sikap pertentangan pendirian atau pandangan para sarjana berhubung dengan penulisan klasik dan moden. Perang buku muncul di akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, terutamanya di Perancis dan England. Sikap pertentangan tercetus akibat kemunculan pemikiran baharu yang berterusan dalam ilmu sains dan falsafah moden. Contohnya, di England sekitar akhir abad ke-17, Sir William Temple melalui tulisannya berjudul An Essay Upon the Ancient and Modern Learning (1690) menolak dakwaan bahawa sesuatu yang klasik lebih rendah daripada yang moden. Tulisan tersebut dicabar oleh William Wotton pada tahun 1694 melalui karyanya berjudul Reflections Upon Ancient and Modern Learning yang menyanjung tinggi keunggulan ilmu moden. Idea perang buku wujud berdasarkan tajuk sebuah prosa satira tulisan Swift berjudul The Battle of the Books yang membawa tema utama, iaitu sesuatu yang berasal dari zaman silam adalah lebih baik. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, idea perang buku bermaksud persaingan ideologi dan pemikiran yang berlaku dalam kalangan pengarang istana Melayu. Justeru, lahir beberapa buah karya, khususnya karya sastera bercorak sejarah yang memperlihatkan bentuk bersaingan ideologi dan pemikiran pengarang Melayu zaman silam. Kelahiran teks Sejarah Melayu pada abad ke-17 memberi beberapa reaksi terhadap teks Hikayat Raja Pasai yang dihasilkan pada abad ke-14. Persaingan pemikiran juga dapat dilihat dalam teks Tuhfat al-Nafis. Dalam karya ini, Raja Ali Haji membawa pemikiran Islam ke dalam penulisan sejarah orang Melayu, sehingga wujud idea yang mempersoalkan martabat raja Melayu yang terungkap dalam Sejarah Melayu, sekali gus mengubah persepsi pembaca terhadap raja-raja Melayu. |
apathy | apati | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap individu yang langsung tidak mempunyai emosi dan motivasi terhadap sesuatu perkara. Misalnya seseorang yang tidak langsung menghiraukan perkembangan politik negaranya. Hal ini berlaku kerana beberapa faktor antaranya ialah status sosial individu tersebut yang tidak mempunyai kepentingan dan sikap tidak peduli dengan perkembangan politik. Contohnya, terdapat golongan miskin yang bersikap apati politik kerana perkembangan politik tidak membawa sebarang perubahan kepada status mereka. |
psychological attitudes | sikap psikologi | Kejururawatan | Tiada | Kemampuan individu mengekalkan dan/atau menyingkirkan sesuatu tingkah laku. |
attribution retraining | pemulihan sikap | Pendidikan | Tiada | Terapi pencegahan yang bertujuan untuk mengubah konsep diri tentang kejayaan dan kegagalan yang dialami pada diri seseorang. Lihat juga causal attributions. |
attitudinal test | ujian sikap | Pendidikan | Tiada | Ujian yang mengukur set atau pola kecenderungan mental dan emosi seseorang atau kumpulan berkaitan dengan pertimbangan isu-isu kontroversi dan penilaian peribadi. |
egoism | egoisme | Kesusasteraan | Tiada | Sikap mementingkan diri sendiri atau berasakan diri sendiri lebih penting daripada orang lain. Egoisme membenarkan individu itu berasa megah, dan menganggap dirinya sebagai asing daripada individu yang lain Dalam sastera, watak egoisme ialah watak yang mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada pendapat orang lain, sering menampilkan dirinya kepada umum, suka menarik perhatian orang, dan bermegah dengan pandangan sendiri. Banding ego. |
paternalism | paternalisme | Perubatan | Psikiatri | Sikap kebapaan yang menjadikan seseorang bertindak membuat sebarang keputusan untuk orang lain demi kebaikan, walaupun keputusan tersebut tidak dipersetujui. |
method | kaedah | Kesusasteraan | Tiada | Sikap sekelompok sarjana terhadap bahasa. |
fatphobia | fobia gemuk | Psikologi | Tiada | Sikap terhadap diskriminasi, prasangka, dan stereotaip negatif terhadap orang yang memiliki saiz badan yang lebih besar. |