misprision | silap tanggap | Kesusasteraan | Tiada | Salah bacaan atau salah fahaman. Kesilapan ini sebenarnya taktik defensif yang diamalkan penyair apabila mencipta puisinya sebagai reaksi menentang kehebatan penciptaan puisi penyair yang terdahulu daripadanya. Langkah ini dianggap perlu dalam pembaharuan proses penciptaan karya, khususnya puisi. Justeru, pembaca digalakkan mengiterpretasikan puisi dengan cara ini. Istilah ini dicipta oleh Harold Bloom dalam bukunya bertajuk Anxiety of Influence. |
phantom word | kata silap | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang wujud kerana kesalahan menyalin, menaip, atau mencetak. Kesalahan ini sering terjadi semasa penyalinan manuskrip sastera, menyebabkan munculnya pelbagai versi manuskrip. Lihat juga kesilapan penyurat. |
mistake of fact | silap fakta | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
hamartia | hamartia | Kesusasteraan | Tiada | Perhitungan silap akibat kejahilan watak protaganis dalam drama tragedi yang menyebabkan kejatuhannya. |
vaudeville | anekarama | Kesusasteraan | Tiada | Komposisi persembahan seperti sketsa, tarian, nyanyian, dendangan syair, silap mata dan akrobat. |
personal injury coverage | perlindungan kecederaan diri | insurans | Tiada | Perlindungan yang biasanya ditambah melalui endorsemen kepada polisi liabiliti am, terhadap libel,fitnah, silap tangkap dan ceroboh hak peribadi. |
stand-up comedy | komediri | Kesenian | Tiada | Persembahan komedi secara langsung di atas pentas oleh pelawak tunggal, sama ada menggunakan prop, alat muzik atau muslihat silap mata. |
scribal error | kesilapan penyurat | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesilapan seperti yang dijelaskan di atas menyebabkan terjadinya beberapa versi manuskrip. Lihat juga kata silap. |