firing order | jujukan nyalaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Turutan pembakaran dalam silinder yang digunakan oleh enjin multisilinder empat lejang untuk menjana lejang kuasa yang bermula dengan silinder 1. Turutan ini ditentukan bagi men- capai keseimbangan dinamik keseluruhan enjin. Turutan yang biasa digunakan oleh enjin empat silinder segaris ialah 1-3-4-2 atau 1-2-4-3, manakala turutan untuk enjin enam silinder sebaris biasanya ialah 1-5-3-6-2-4. |
bore | jara penjajaran | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Diameter bahagian dalam silinder enjin (2) Proses melarik untuk membesarkan dan melicinkan penjajaran lubang silinder |
nanotube | nanotiub | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan berbentuk silinder dan berdiameter antara 1 hingga 100 nanometer. |
two-barrel carburetor | karburetor dua laras | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Karburetor yang mempunyai dua laras tunggal karburetor dalam satu pemasangan. Terdapat dua jenis penggunaan karburetor dua laras, iaitu pertama, membekalkan campuran kepada separuh daripada bilangan silinder enjin seperti yang digunakan dalam V-8 enjin. Satu laras untuk membekalkan bahan api kepada silinder nombor 2, 3, 5 dan 8 manakala satu lagi membekalkan silinder nombor 1, 4, 6 dan 7. Kedua, barel utama membekalkan campuran bahan api kepada silinder yang sama sehingga injap pencekiknya terbuka melebihi 45° bukaan. Kemudian injap pencekik barel kedua mula terbuka dan bahan api tambahan dibekalkan melalui kedua-dua barel. |
engine displacement | sesaran enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Isi padu sapuan dalam unit sentimeter padu (cc) unit liter yang dijanakan oleh gerakan omboh dalam gerek silinder e semasa omboh membentuk satu lejang yang lengkap. Bagi enjin multisilinder, isi padu sapuan dijumlahkan mengikut bilangan silinder. Contohnya, enjin CamPro 1.6 liter mempunyai isi padu sapuan 1597 cc. |
caliper | angkup | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Alat untuk mengukur diameter silinder atau sfera. (2) Alat yang terdapat dalam brek cakera, yang merupakan bekas untuk lapik brek dan omboh brek. |
splash | percikan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Minyak pelincir yang terpercik ke dinding silinder disebabkan putaran aci engkol. (2) Kesan akibat kimpalan bintik yang terkeluar dari celah lapisan kepingan logam yang dikimpal. |
engine displacement | sesaran enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Jumlah sesaran keseluruhan dan bersamaan hasil darab sesaran omboh dengan bilangan silinder. Sesaran enjin diungkapkan dalam unit cc yang bermaksud sentimeter padu atau liter. Contohnya, enjin kereta 1600 cc bersamaan dengan 1.6 liter. |