Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.bo.lis] | سيمبوليس

Definisi : IB simbolik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata simbolis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
symbolicalsimbolisKesusasteraanTiadaTiada
Russian symbolistsimbolis RusiaSejarahTiadaTiada
still lifealam bendaKesenianTiadaLukisan cat atau lukisan lakar yang menggambarkan objek-objek yang tidak hidup untuk menunjukkan kemahiran pelukisnya, atau mempunyai tema simbolis.
verbless poetrypuisi tanpa kata kerjaKesusasteraanTiadaPuisi sintaksis yang tatabahasanya lebih bergantung pada konstruksi substantif berbanding konstruksi predikat. Oleh itu, puisi tanpa kata kerja mempunyai sifat yang lebih statik dan berupa refleksi diri, biasanya terdapat dalam puisi simbolis dan surealis. Pandangan pengkritik terhadap puisi ini berbeza dengan pandangan penyair aksi daripada tradisi puisi futuris. Sama ada puisi ini melangkah menuju ke arah puisi pasca-romantik atau sebaliknya, ia masih dibahaskan. Puisi pasca-romantik mengatakan bahawa sesebuah puisi harus mencontohi bahasa seharian.
symbolismsimbolismeKesenianSeni BinaGerakan seni dan kesusasteraan yang lahir di Rusia dan Belgium, kemudiannya telah dikembangkan di Perancis pada akhir abad ke -19. Dalam kesusasteraan, gaya pemikiran awal gerakan seni ini adalah berdasarkan hasil penerbitan Les Fleurs du mal (The Flower of Evil 1857) oleh Charles Baudelaire, yang menjadi sumber penting kepada gagasan pemikiran kiasan. Pada tahun 1980-an, keindahan gaya penulisan seperti ini telah dijadikan sebagai lunas pemikiran (manifesto) dan telah menarik minat ramai penulis pada ketika itu. Istilah "simbolis" telah pertama kali digunakan oleh pengkritik Jean Mor�as yang menggunakan istilah tersebut untuk membezakan simbolis daripada pemikiran yang berkaitan sastera dan seni. Simbolisme dalam seni bina pula merujuk kepada perlambangan seperti yang terdapat dalam seni bina Goth Romantisisme.
decorative reliefhiasan timbulArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUkiran atau lukisan yang dihasilkan pada bahagian permukaan batuan untuk menceritakan sesuatu peristiwa, pengajaran atau hiasan. Hasil ukiran kelihatan timbul, manakala pada bahagian belakangnya akan tenggelam. Hiasan timbul dikenali juga sebagai hiasan bas. Ukiran antara hiasan timbul pada batuan yang menceritakan sesuatu peristiwa atau pengajaran dikenali sebagai panel hiasan. Hiasan timbul ditemui pada monumen keagamaan. Contohnya, masjid yang dijadikan lambang simbolis, dan candi yang diukir kisah pewayangan.

Kembali ke atas