Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.fo.ni] | سيمفوني

Definisi : 1. sj gubahan muzik yg panjang utk dimainkan oleh orkestra; 2. kumpulan panca­ragam yg berpemimpin, mempunyai peralat­an lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.fo.ni] | سيمفوني

Definisi : gubahan muzik (biasanya dlm tiga atau empat bahagian) utk dimainkan oleh orkestra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata simfoni


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
symphonysimfoniMuzikTiadaKarya orkestra yang merupakan genre utama bagi komposer Zaman Klasik. Istilah sinfonia berasal daripada perkataan La­tin, iaitu symphonia. Simfoni muncul pada awal Zaman Kla­sik dan berkembang hingga akhir Zaman Romantik. Simfoni biasanya mengandungi tiga atau empat gerakan muzik seperti allegro, adagio, menuet atau scherzo, dan presto. Bentuk mu­zik yang digunakan dalam pengkaryaan sebuah simfoni pada Zaman Klasik dan Zaman Romantik ialah bentuk sonata, biner, ternari, rondo, variasi dan sonata rondo. Komposer utama untuk genre ini seperti Haydn, Mozart, Beethoven, Schubert dan Brahms. Lihat juga muzik mutlak.
movementpergerakanKesenianTiadaBahagian yang terdapat dalam sonata, simfoni, konserto dan suit.
scherzoscherzoMuzikTiadaGerakan muzik dalam sesebuah karya yang mengandungi pelbagai gerakan muzik pada Zaman Klasik seperti sonata, simfoni dan kuartet. Karya jenis ini bermeter 3/4, bertempo laju dan beritma rancak. Scherzo biasanya ialah gerakan ketiga dalam karya yang mengandungi pelbagai gerakan muzik.
divertimentodivertimentoMuzikTiadaMuzik ringan dalam lingkungan tahun 1750-1780 bagi alat solo atau ensembel.Divertimento menggabungkan ciri so­nata, simfoni dan suite. Divertimento juga mengandungi antara 4-10 gerakan muzik pendek dalam bentuk sonata, menuet dan trio,dan variasi. Contohnya, Eine Kleine Nachtmusik, K. 525 (1787) oleh W.A. Mozart.

Kembali ke atas