continuous X-ray | sinar-X selanjar | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sinar-X yang terhasil apabila elektron berhalaju tinggi diperlahankan halajunya kerana tertarik dengan tenaga ikatan atom. Proses pelambatan ini akan menghasilkan sinar-X selanjar dan proses ini lebih dominan daripada sinar-X cirian. Sinar-X selanjar turut dikenali sebagai Bremsstrahlung. |
X-ray lithography | litografi sinar-X | Fizik | Nanoteknologi | Litografi untuk membuat peranti semikonduktor atau bahan berstruktur yang amat kecil dalam saiz 10(2) nm dengan cara menyinarkan sinar-X ke atas topeng yang berada di atas wafer bersalut fotorintang. Jarak gelombang sinar-X ialah 0.8 nm atau kurang. Topeng diperbuat daripada bahan penyerap sinar-X seperti emas, sebatian tantalum atau tungsten. Contoh bahan berstruktur nano yang dibuat menggunakan litografi sinar-X ialah hablur fotonik. |
characteristic X-ray | sinar-X cirian | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sinar-X yang terhasil apabila elektron-elektron luar mengisi kekosongan dalam orbit terdekat dengan nukleus sesuatu atom. Proses ini berlaku apabila elektron berhalaju tinggi dari luar atom sesuatu bahan sasaran menolak keluar elektron yang berada pada orbit terdekat dengan nukleus. Manakala elektron pada orbit luar akan melompat ke dalam untuk mengisi kekosongan tersebut. Tenaga yang terhasil akan menggambarkan unsur bahan sasaran yang digunakan. Sinar-X yang terhasil boleh digambarkan dengan menggunakan spektrum tenaga seperti rajah di bawah. Contoh sinar-X cirian digambarkan dengan dua puncak, Kα dan Kβ. |
diffraction X-ray | pembelauan sinar-X | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah analisis spektroskopi yang melibatkan pembelauan atau penyerakan sinar-X oleh atom atau kekisi suatu bahan ketika sinaran itu melaluinya. Pembelauan ini menghasilkan satu spektrum yang menggambarkan struktur hablur molekulnya dan memberi maklumat tentang sama ada bahan-bahan itu bersifat hablur atau amorfus. |
target | sasaran | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kepingan bahan di dalam tiub hampagas yang digunakan untuk menghasilkan sinar-X. Kepingan bahan tersebut diletakkan pada sudut tertentu dan dibedil oleh elektron berhalaju tinggi untuk menghasilkan sinar-X cirian dan selanjar. Kepingan bahan ini juga perlu mempunyai takat lebur yang tinggi, bernombor atom tinggi, dan mampu untuk mengalirkan haba dengan baik. Kepingan ini biasanya diperbuat daripada tungsten atau emas yang ditampal pada anod tembaga. Lihat juga sinar-X cirian, sinar-X selanjar. |
X-ray tube | tiub sinar-X | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu komponen sistem penghasilan sinar-X yang terdiri daripada katod, anod, sirip penyejuk, kon penumpu, yang dibina dalam tiub kaca vakum. Tiub kaca divakumkan untuk mengelak daripada berlaku pelanggaran elektron dengan zarah udara. |
X-ray radiography | radiografi sinar-X | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Teknik radiografi industri yang menggunakan sinar-X sebagai punca sinaran. Lihat juga ujian radiografi. |
X-ray fluorescence | pendarflour sinar-X | Arkeologi | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menganalisis kandungan artifak, sampel disinari dengan pancaran sinar-X untuk mendapatkan elektron yang bercampur dengan atom pada permukaan artifak. Tujuan analisis ini untuk mengetahui sumber bahan mentah dan juga persamaan elemen yang digunakan untuk mengenal pasti lokasi bahan dan taburan artifak. Teknik ini tidak merosakkan artifak yang dikaji. |
energy dispersive X-ray spectroscopy (EDX) | spektroskopi sinar-X sebaran tenaga (EDX) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Lihat spektroskopi sinar-X tenaga sebaran (EDS). |
micro focus X-ray tube | fokus mikro tiub sinar-X | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Peranti tiub sinar-X yang mempunyai titik fokus bersaiz mikro pada sasaran anod. Saiz titik fokusnya kurang dari 0.1 mm. Peranti ini digunakan secara meluas dalam industri elektronik. |