Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sin.dir] | سيندير

Definisi : = sindiran perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyak­nya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu; ~ kiasan = sindir-sindiran bermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr situ, ada-ada sahaja pem­bawaannya, baik barang-barang mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya; menyindir mengatakan sesuatu (utk men­cela, mengejek, mengeji) tidak dgn terus terang: dia selalu ~ anak-anak dara yg mandi berkemban di situ; pukul anak sindir me­nantu prb mengata-ngatai orang tetapi per­kataan-perkataan itu ditujukan kpd orang lain; sindir-menyindir saling membalas sindiran, saling menyindir: mereka mengambil ke­sempatan utk ~ antara satu sama lain; tersindir (sudah) disindir (diejek): aku cukup berasa ~ oleh kata-kata Normah itu; penyindir orang yg (suka) menyindir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sin.dir] | سيندير

Definisi : , = sindiran perkataan yg di­ucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. menyindir mengatakan sesuatu (utk mengejek atau utk mencela) dgn cara tidak terus terang; menggiat: Ketika bersama-sama di dlm bas, dia selalu ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sindir
Kata Terbitan : menyindir, sindiran,

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
innuendosindir halusKesusasteraanPuisiPengujaran penyair dalam sesuatu frasa atau kalimat puisi pada sesuatu baris puisi. Bahasa puisi yang mengandungi unsur� unsur sindiran yang disampaikan secara halus kepada seseorang. Contohnya, seloka "Malang Pak Kaduk". Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran ! Mudik menongkah surut! Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan,
antiphrasissindir maknaKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang menggunakan perkataan yang membawa makna kebalikan. Contohnya, 'Kukunjungi daerah makmur ini', bermaksud daerah itu susah atau miskin. Sinonim antifrasis.
body shamingkecam badan/ sindir badanUmumTiadaKritikan terhadap seseorang berdasarkan bentuk, saiz, atau rupa tubuh mereka.
fat shamingkecam gemuk/ sindir gemukUmumTiadaKritikan terhadap seseorang yang dinilai berat atau terlalu berat; gemuk.
antiphrasisantifrasisKesusasteraanPuisiLihat sindir makna.
shi�r ?l -?ij?�shi�r ?l -?ij?�KesusasteraanTiadaPuisi Arab yang mengandungi unsur sindir cerca. Shi�r ?l-hij?� berpunca daripada budaya kehidupan kabilah Arab yang suka mengangkat kedudukan kabilah masing-masing dan merendah-rendahkan pihak lawan. Mengikut tradisi Arab Jahiliah shi�r ?l -?ij?� merupakan genre yang popular. Shi�r ?l -?ij?� boleh dilihat dari sudut keturunan dan sudut sahsiah atau peribadi. Pada zaman Jahiliah, tidak ada kabilah atau individu yang dapat mengelakkan diri daripada disindir dengan Shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-hij?� sering disalahgunakan oleh beberapa penyair Jahiliah seperti al-Hutay�ah kerana menghasilkan puisi cercaan yang keterlaluan. Antara penyair Shi�r ?l-hij?� ialah Jarir dan Farazdaq (zaman Abbasiah). Lihat juga shi�r ?l-f?khr, shi�r ?l-??m?s?h, shi�r ?l-m?d?.

Kembali ke atas