Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyak­nya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkataan yg di­ucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sindir
Kata Terbitan : menyindir, sindiran,

Peribahasa

Menyinggung mata bisul orang.

Bermaksud :

Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sarcasmsindiranKesusasteraanTiadaPerkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi.
satiricalsindiranKesenianTiadaTiada
ironic symbolsimbol sindiranPendidikanTiadaTiada
satirical artcitra sindiranKesenianTiadaCitra bertujuan untuk mempersendakan orang.
تعريض بالخطبةpinangan sindiranAgama IslamFiqhPinangan ke atas perempuan dengan menggunakan kata-kata sindirin
slokaselokaKesusasteraanTiadaSajak yang mengandungi ajaran, sindiran dan sebagainya.
caricaturekarikaturKesenianTiada1. Gambar ejekan atau sindiran yang kadang kala mempunyai unsur lucu.
persiflagekata senda;olokanKesusasteraanTiadaPerkataan yang mengandung sindiran, ejekan dan lelucon.
satiresatiraKesenianDrama dan TeaterGaya parodi atau sindiran dalam karya seni atau sastera untuk tujuan kritikan sosial. Watak dalam karya jenis ini biasanya terdiri daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Contohnya, novel Tikus Rahmatkarya Hassan Ibrahim.
satiric dramadrama satiraKesusasteraanTiadaDrama yang membicarakan persoalan secara ironi atau sindiran.
123

Kembali ke atas