Wernicke-Korsakoff syndrome | sindrom Wernicke-Korsakoff | Perubatan | Psikiatri | Sindrom yang mencetuskan masalah daya ingatan yang berterusan, berpunca daripada penggunaan alkohol yang kronik. Sindrom akut dikenali juga sebagai ensefalopati Wernicke dan sindrom kronik dikenali juga sebagai sindrom Korsakoff. |
shaken baby syndrome (SBS) | sindrom goncang bayi/sindrom lambung bayi | Perubatan | Tiada | Tiada |
rabbit syndrome | sindrom arnab | Perubatan | Psikiatri | Sindrom yang bercirikan pergerakan bibir yang berulang-ulang dan menyerupai arnab yang sedang mengunyah. |
amnestic syndrome | sindrom amnestik | Perubatan | Psikiatri | Sindrom otak organik yang terjadi apabila terdapat gangguan ingatan dalam tempoh yang singkat. |
Dubowitz syndrome | sindrom Dubowitz | Perubatan | Psikiatri | Sindrom kongenital yang jarang berlaku dan dicirikan dengan pertumbuhan yang lambat, kerap mendapat jangkitan, mikrosefali, kecacatan intelektual dan mempunyai wajah yang luar biasa dan spesifik. |
temporal lobe syndrome | sindrom lobus temporal | Perubatan | Psikiatri | Sindrom yang terdiri daripada gangguan psikosis, sawan, perwatakan dan ciri-ciri Kluver-Bucy, seperti tingkah laku seksual yang berlebihan, ketenangan dan kecenderungan untuk meninjau persekitaran dengan mulut. |
Zollinger-Ellison's syndrome | sindrom Zollinger-Ellison | Kejururawatan | Tiada | Sindrom yang merangkumi tiga keadaan yang berikut: iaitu ulser peptik, kehiperasidan gaster dan kewujudan tumor sel pepulau pankreas. |
Turner's syndrome | sindrom Turner | Kejururawatan | Tiada | Kecacatan genetik pada perempuan apabila individu itu hanya mempunyai satu kromosom-X sahaja. Perempuan yang mengalami Sindrom Turner mempunyai genitalia luar perempuan tetapi tiada ovari, bentuk fizikalnya rendah dan mengalami kerencatan mental. |
fragile X syndrome | sindrom X rapuh | Pendidikan | Tiada | Ketidakupayaan intelektual yang berkaitan dengan kelemahan yang jelas pada salah satu kromosom. Kebanyakan individu yang menghidap sindrom ini mempunyai muka panjang dan pembesaran testis (bagi lelaki). |
Wernicke’s encephalopathy | ensefalopati Wernicke | Perubatan | Psikiatri | Sindrom akut yang disebabkan oleh kekurangan tiamin akibat penggunaan alkohol yang kronik. Sindrom ini mempunyai gejala gangguan neurologi. |