Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.no.nim] | سينونيم

Definisi : (Lin) kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti; bersinonim mempunyai kata-kata yg sama atau hampir sama maknanya: perkataan can­tik ~ dgn perkataan indah; mensinonimkan menganggap sama antara dua perkara atau benda: orang Melayu disi­nonimkan dgn agama ini; kesinoniman keadaan bersinonim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.no.nim] | سينونيم

Definisi : kata-kata yg sama atau yg hampir sama maknanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinonim (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kata seerti.


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
synonymous SNPSNP sinonimBioinformatikBioinformatik Molekul-
synonymous substitutiontukar ganti sinonimBioinformatikBioinformatik Molekul-
porch piratebajak bungkusanKriminologiTiadaSinonim package theft.
side hustlekerja sampinganSosiologiTiadaSinonim side job.
side gigkerja sampinganSosiologiTiadaSinonim side hustle.
positive-displacement metermeter anjakan positifKejuruteraanTiadaSinonim: meter isi padu. Peranti pengukuran kadar alir bendalir yang mengalir di dalam sistem atau paip tempat peranti tersebut dipasang, iaitu digunakan sebagai meter aliran. Pengukuran dilakukan berdasarkan konsep sesaran atau anjakan bendalir, iaitu dengan mengisi dan mengosongkan kebuk yang mempunyai isi padu tertentu. Anjakan atau sesaran bendalir tersebut dilakukan dengan menggunakan omboh yang bergerak ke depan dan ke belakang, omboh berayun, bilah berputar, tangki yang secara automatik boleh diisi dan dikosongkan, dan sebagainya.
intermittent gas liftangkat gas terputus-putusKejuruteraanTiadaSinonim: angkat gas aliran terputus-putus. Salah satu kaedah angkat gas. Dalam Kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan ke dalam tetiub dalam jangka masa tertentu dan kemudian dihentikan. Setelah beberapa lama, dilakukan suntikan sekali lagi. Begitulah proses penyuntikan diulangi sesuai dengan perulangan yang dikehendaki yang bergantung kepada kedalaman lubang telaga atau titik suntikan dan isi padu bendalir yang ingin diangkat dari dasar lubang telaga ke permukaan.
private messagemesej peribadiTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaSinonim direct message.
personal messagemesej peribadiTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaSinonim private message.
anterioranteriorKejururawatanTiadaBahagian hadapan sesuatu struktur badan. Sinonim: ventral.
12345678910...

Kembali ke atas