nanoscale synthesis | sintesis nanoskala | Fizik | Nanoteknologi | Sintesis yang berkaitan dengan penghasilan nanostruktur dengan geometri khusus dan pada tempat tertentu di atas suatu permukaan substrat. Sintesis ini juga melibatkan sifat kimia dan komposisi molekul yang digunakan. Kaedah yang biasa digunakan dalam sintesis ini ialah kaedah kimia, pengewapan laser, termolisis, dan kaedah denyutan laser. |
synthesis | sintesis | Kesusasteraan | Tiada | Penggabungan pelbagai unsur untuk menjadikannya satu kesatuan yang kompleks. Dalam penulisan kreatif, sintesis merujuk kepada penggabungan pelbagai unsur seperti bahasa, pengalaman, imaginasi, dan nilai untuk menjadikannya satu kesatuan. Dalam kritikan sastera, sintesis bermaksud kajian yang dibuat ke atas kepelbagaian unsur dalam karya, dan hubung kait antaranya. Sintesis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �meletakkan bersama�. |
laser evaporation synthesis | sintesis penyejatan laser | Fizik | Nanoteknologi | Teknik sintesis nanozarah dengan menggunakan alur laser untuk menyejat bahan sasaran yang kemudiannya terkondensasi menghasilkan zarah bersaiz kurang daripada 100 nm. |
codon | kodon | Fizik | Nanoteknologi | Satu rantaian tiga nukleotid pada mRNA yang membentuk kod genetik bagi menghasilkan asid amino tertentu ke dalam rantai polipeptida semasa proses sintesis protein atau isyarat untuk memberhentikan sintesis protein tersebut. |
nanoparticle synthesis | sintesis nanozarah | Fizik | Nanoteknologi | Kaedah kimia atau fizik yang digunakan untuk menghasilkan nanozarah. Contohnya, kaedah plasma RF, kaedah sol-gel, termolisis dan kaedah denyutan laser. |
green synthesis | sintesis hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penghasilan produk dengan mengamalkan prinsip kimia hijau, contohnya penghasilan ibuprofen. |
synthetic oil | minyak sintesis | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Minyak tiruan yang dibuat daripada bahan bukan minyak mentah asli yang berasaskan petroleum. |
anabolism | anabolisme | Kejururawatan | Tiada | Proses sintesis molekul-molekul ringkas kepada kompleks seperti protein dan lemak. |
Merrifield method | kaedah Merrifield | Fizik | Nanoteknologi | Teknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini. |
codon | kodon | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kombinasi tiga nukleotida DNA atau RNA berurutan yang membentuk asid amino tertentu semasa sintesis protein. |