Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. rahsia, tersembunyi (dlm ilmu tasa­wuf); 2. keinginan (kemahuan) hati, ingin (mahu) akan sesuatu: tiadalah ia ~ kpd pe­rempuan itu; tak ~ Kl tidak mahu (ingin); kalau tak ~ berdegak, ~ melayang prb jika barang yg diinginkan tidak diperoleh maka hilanglah daya upaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi desir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sir

Peribahasa

Sir bagai berpuntung suluh.

Bermaksud :

Sesuatu dakwaan hendaklah dengan keterangan dan bukti yang cukup.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
romanceromanKesusasteraanTiadaNaratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirnya ditulis dalam bentuk prosa. Koleksi Kisah Seribu Satu Malam dari Timur Tengah banyak mempengaruhi karya roman Eropah. Pada Zaman Pertengahan Eropah, karya roman mengandungi tiga peringkat utama: Pertama, mengenai Britain yang termasuk kisah Arthur yang diceduk daripada Breton Lays. Kedua, mengenai Rome yang mengaitkan kisah Alexander, peperangan Trojan dan Thebes, dan Ketiga, mengenai perancis yang berkaitan Charlemange dan kesateriaannya. Di Britain, roman bangsawan berjudul Sir Gawain and the Green Knight ditulis pada abad ke-14. Pada abad selepasnya, Sir Thomas Mallory menulis karya prosa bertajuk Le Morte Darthur dan karya itu dihasilkan dalam bentuk prosa. Penulis terkenal dalam Kesusasteraan Barat yang menghasilkan karya roman sehingga abad ke-17 termasuklah, Spenser (Faerie Queene), Sidney (Arcadia � 1590), Chaucer (Tale of Sir Thopas), dan Cervantes (Don Quixote � 1605). Pada abad ke-18, elemen roman masih ada dalam novel, tetapi elemen ini menekankan kisah seharian, sosial, dan domestik � kecuali novel yang berbentuk pikares. Antara penulis terkenal dengan karya roman selepas abad ke-18 ialah Keats, Coleridge, Shelly, Hawthorne, dan Meredith. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa novel tulisan Joseph Conrad berjudul Lord Jim (1900) dan Romance (1903) tergolong dalam kategori roman kerana elemen luar biasa, esotik, asing dan sifat berlebihan dalam karyanya. Contoh paling terkenal penulis novel roman sastera Inggeris moden ialah Emily Bronte melalui novelnya berjudul Wuthering Heights. Istilah roman berasal daripada bahasa Perancis lama romaunt dan roman yang bermaksud �lirik roman istana�.
battle of the booksperang bukuKesusasteraanTiadaSikap pertentangan pendirian atau pandangan para sarjana berhubung dengan penulisan klasik dan moden. Perang buku muncul di akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, terutamanya di Perancis dan England. Sikap pertentangan tercetus akibat kemunculan pemikiran baharu yang berterusan dalam ilmu sains dan falsafah moden. Contohnya, di England sekitar akhir abad ke-17, Sir William Temple melalui tulisannya berjudul An Essay Upon the Ancient and Modern Learning (1690) menolak dakwaan bahawa sesuatu yang klasik lebih rendah daripada yang moden. Tulisan tersebut dicabar oleh William Wotton pada tahun 1694 melalui karyanya berjudul Reflections Upon Ancient and Modern Learning yang menyanjung tinggi keunggulan ilmu moden. Idea perang buku wujud berdasarkan tajuk sebuah prosa satira tulisan Swift berjudul The Battle of the Books yang membawa tema utama, iaitu sesuatu yang berasal dari zaman silam adalah lebih baik. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, idea perang buku bermaksud persaingan ideologi dan pemikiran yang berlaku dalam kalangan pengarang istana Melayu. Justeru, lahir beberapa buah karya, khususnya karya sastera bercorak sejarah yang memperlihatkan bentuk bersaingan ideologi dan pemikiran pengarang Melayu zaman silam. Kelahiran teks Sejarah Melayu pada abad ke-17 memberi beberapa reaksi terhadap teks Hikayat Raja Pasai yang dihasilkan pada abad ke-14. Persaingan pemikiran juga dapat dilihat dalam teks Tuhfat al-Nafis. Dalam karya ini, Raja Ali Haji membawa pemikiran Islam ke dalam penulisan sejarah orang Melayu, sehingga wujud idea yang mempersoalkan martabat raja Melayu yang terungkap dalam Sejarah Melayu, sekali gus mengubah persepsi pembaca terhadap raja-raja Melayu.
odeodaKesusasteraanTiadaSajak lirik yang panjang dan serius subjeknya, tinggi stailnya, dan elaborat bentuk stanzanya. Oda menampilkan tema yang mulia, gaya yang sangat rasmi, dan nada yang menyanjung. Oda dapat merakamkan peristiwa umum yang penting atau yang berkaitan dengan kehidupan peribadi. Oda juga mengandungi pujian terhadap seseorang. Jenis prototaip puisi ini diketengahkan oleh penyair Greek yang bernama Pindar yang bermodalkan lagu daripada korus drama Greek. Dalam sastera Inggeris oda digunakan oleh Ben Johnson (1572) yang meratapi kematian seorang tokoh melalui karyanya berjudul Ode on the Death of Sir H. Morison.
sonnetsonetaKesusasteraanTiadaPuisi lirik 14 baris yang distrukturkan mengikut dua bentuk dan ceraian tetap seperti satu oktaf (lapan baris), sekstet (enam baris) dan tiga kuatrin (3 X 4 = 12 baris), dan satu kuplet (dua baris). Setiap baris soneta mengandungi lima kuplet (dua baris). Setiap baris soneta mengandungi lima unit pasangan suku kata, dan mempunyai rima mengikut pola tertentu. Pola inilah yang menentukan jenis soneta. Contoh soneta adalah seperti yang berikut: Pertama, Soneta Petrarch: Oktaf dan sekstet rima: a, b, b, a; a, b, a, b; c, d, e, c, d, e (atau c, d; c, d, c, d). Kedua, Soneta Spenser: Tiga kuatrin dan satu kuplet rima: a, b, a, b; c, d, c, d; e, f, e, f; g, g. Soneta berasal dari Sicily, Italy pada abad ke-13 dan diasaskan oleh penyair Petrarch dalam puisi cintanya. Bentuk soneta mula digunakan di England pada abad ke-16, dan bentuk ini dipelopori penyair seperti Sir Philip Sidney, Spenser dan Shakespeare, dan Milton. Pada abad ke-19, bentuk ini dihidupkan semula oleh penyair romantik seperti Wordsworth, Shelley, dan Keats.
detective storycerita detektifKesusasteraanTiadaCerita yang memaparkan sesuatu jenayah. Contohnya pembunuhan, rogol, rasuah, pengedaran dadah dan rompakan. Jenayah diselesaikan oleh mata-mata gelap melalui bukti, maklumat dan petunjuk yang diselidik, dikumpulkan dan ditafsirkan secara munasabah atau diterima akal. Lumrahnya cerita detektif menghidangkan beberapa perkara, antaranya perlakuan jenayah yang dilaksanakan dengan cukup teliti, sukar dikesan dan penuh misteri, anggota polis yang kurang cekap, tertuduh yang jelas tidak bersalah tetapi disyaki, mata-mata gelap yang bijak, dan akhiran cerita yang di luar dugaan. Pada umumnya dalam cerita detektif, pembaca dan mata-mata gelap dipertemukan secara serentak dengan bukti-bukti jenayah. Seterusnya, bukti yang dipaparkan itu digunakan oleh mata-mata gelap untuk menyelesaikan jenayah yang diselidikinya. Bentuk cereka ini lebih menitikberatkan plot dan jalinan cerita yang bijak, rapi dan licin. Namun sesetengah cerita detektif mencipta protagonis yang kuat dan berkesan. Cerita detektif dianggap sebagai suatu bentuk cereka yang ringan untuk tujuan hiburan. Cerita berkaitan dengan jenayah dan keganasan dihasilkan sejak kurun ke-18, namun umum berpendapat bahawa karya Edgar Allan Poe, The Murders in the Rue Morgue (1841) merupakan titik bermulanya bentuk cereka ini. Antara penulis terkemuka ialah Sir Arthur conan Doyle, Agatha christle, Earl Stanley Gardner, P.D. James dan Carroll John Daly. Watak dalam cerita detektif yang terkenal ialah sherlock Holmes, Hercule Poirot, Race William dan Perry Mason. Contoh karya Melayu ialah Cincin Rahsia oleh Hashim Amir Hamzah, Izin dalam Paksa oleh Marwilis Haji Yusof, dan Siapakah Pembunuhnya oleh Abdullah Sidek. Contoh dalam sastera Arab ialah Yawmiyat Na�ib fi al-Aryaf Tawfiq al-Hakim.

Kembali ke atas