Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sir.ku.la.si] | سيرکولاسي

Definisi : IB peredaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sirkulasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air embolismembolisme udaraPerubatanTiadaGejala akibat tersebarnya gelembung udara dalam sirkulasi darah. Keadaan ini boleh berlaku apabila tekanan vena lebih rendah daripada tekanan atmosfera, iaitu semasa vena yang terbuka berada lebih tinggi daripada jantung. Contohnya, semasa pembedahan otak terutama apabila pesakit berada dalam keadaan duduk dan semasa melakukan kanulasi vena sentral. Keadaan ini juga boleh berlaku semasa melakukan prosedur yang melibatkan insuflasi atau suntikan gas seperti prosedur laparoskopik. Embolisme udara menyebabkan takikardia, penurunan keluaran jantung, sinosis, bronkospasma, sembab paru-paru dan kelainan ritma jantung.
amniotic fluid embolismembolisme cecair amnionKejururawatanTiadaCecair amnion yang termasuk ke sirkulasi ibu melalui lapisan korion pada peringkat ketiga pelahiran.
fat embolism syndromesindrom embolisme lemakPerubatanTiadaGejala yang timbul akibat tersebarnya titisan lemak dalam sirkulasi darah yang biasanya berlaku selepas trauma major. Gejala ini juga boleh berlaku kepada mangsa kebakaran, pesakit akut pankreatitis, kencing manis, dalam prosedur rekonstruksi sendi dan sedutan lemak. Embolisme lemak boleh menyebabkan beberapa gejala seperti keliru, resah, sawan, infark serebrum, koma, sesak nafas, hemoptisis, takikardia dan hipotensi.
sublingualsublingualPerubatanTiadaKaedah pemberian ubat dengan meletakkan ubat di bawah lidah untuk diserap ke dalam sirkulasi sistemik. Bagi ubat yang mudah terserap, kaedah ini menghasilkan kesan yang lebih cepat berbanding pemberian secara oral kerana ubat tersebut tidak mengalami kesan metabolisme pertama di hepar. Contoh ubat sublingual ialah Gliceryl trinitrate (GTN) dan Nifedipine.
Rh-isoimmunizationRh-isoimunisasiKejururawatanTiadaProses pembentukan antibodi imun akibat kemasukan darah Rh positif ke dalam sirkulasi ibu yang Rh negatif selepas peringkat pelahiran ketiga.
concept planpelan konsepSosiologiTiadaLakaran yang menunjukkan cadangan zon pembangunan secara umum meliputi guna tanah dan sistem sirkulasi.
second gas effectkesan gas keduaPerubatanTiadaPertambahan kepekatan agen anestesia pertama dalam alveolus disebabkan pengambilan agen anestesia kedua dalam sirkulasi darah paru-paru. Contohnya, pertambahan kepekatan isoflurana dalam alveolus darah disebabkan pengambilan gas nitrus oksida.
drug absorptionkadar penyerapan ubatPerubatanTiadaParameter farmakokinetik yang menilai perpindahan ubat dari tapak pemberian seperti salur usus, intraotot atau subkutan kepada sirkulasi sistemik. Kadar penyerapan bergantung kepada saiz molekul, sifat larut lemak ubat dan kadar pengaliran darah di tapak pemberian.
intravenousintravenaPerubatanTiadaKaedah pemberian ubat secara suntikan melalui saluran vena dengan menggunakan picagari atau secara infusi bersama cecair intravena. Ia membolehkan ubat terus memasuki sirkulasi sistemik dan memberi kesan yang cepat. Kaedah ini digunakan untuk ubat yang tidak diserap oleh usus, keadaan kecemasan atau pesakit tidak boleh mengambil ubat secara oral. Komplikasi penggunaan kaedah ini ialah perdarahan dan tromboflebitis.
hepatic extraction rationisbah ekstraksi heparPerubatanTiadaNisbah ubat yang diekstrak oleh hepar daripada darah yang melaluinya. Ia bergantung pada kadar aliran darah melalui hepar dan keupayaan hepar dalam proses metabolisme ubat tersebut. Ubat yang diambil secara oral akan dibawa oleh darah melalui hepar dahulu sebelum sampai ke sirkulasi sistemik. Ubat yang mempunyai nisbah yang tinggi akan sampai ke sirkulasi sistemik dengan pengurangan kepekatan yang ketara. Oleh itu, pemberian ubat tersebut secara oral memerlukan dos yang tinggi.
12

Kembali ke atas