Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.sih] | سيسيه

Definisi : ; bersisih berpisah, berasing; ~ antah dgn beras prb berasingan orang kaya dr orang miskin; menyisih 1. beralih ke samping atau ke tepi (utk memberi jalan lalu dll), menepi, me­nyamping: dia ~ ke tepi memberi jalan kpd ibunya mendapatkan adiknya; 2. meng­asingkan atau menjauhkan (diri) dr, meng­hindar, menyendiri: selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga; 3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; disisih bagai antah prb a) diasingkan dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur ke­rana miskin; menyisihkan 1. mengasingkan (diri dll), memencilkan, menjauhkan: perasaannya yg berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yg sunyi; 2. me­misahkan, mengetepikan: pentingnya bahasa sbg alat dlm sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada; 3. Id menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dlm per­mainan dll), menyingkirkan (lawan); tersisih (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah: dia berasa dirinya ~ dr kawan-kawan yg telah lama bekerja di sana; hidupnya ~ dr kaum keluarga; sisihan (Mat) perbezaan antara nilai ke­putusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji; penyisihan perbuatan menyisihkan: ~ diri dan perasaan kecewa terhadap penderitaan manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.sih] | سيسيه

Definisi : ; menyisih 1 beralih ke tepi utk memberi jalan kpd orang lain; menepi: Kalau ada kereta, ~lah. 2 menjauhkan atau mengasingkan diri ke; menyendiri: Apabila orang datang, dia segera ~ ke dlm bilik. menyisihkan meletakkan ke tepi; mengasingkan; mengesamping­kan: ~ diri mengasingkan diri. tersisih sudah diasingkan atau dipisahkan dr yg lain; terasing: Dia berasa dirinya ~ dr masyarakat kampungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisih
Kata Terbitan : bersisih, menyisih, menyisihkan, tersisih, penyisihan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
correlating coefficientpekali pengkorelasianKejuruteraanKejuruteraan KimiaPekali yang mengkorelasikan tiga komponen halaju sisih bagi aliran gelora yang diukur pada titik tertentu dan dua daripadanya berkait dengan frekuensi berlakunya halaju sisih menurut hukum agihan Gaussian. Pekali ini diungkapkan sebagai: dengan menggunakan 2 titik (katakan titik 1 dan 2); dengan menggunakan 1 titik, dengan u = halaju sisih dalam arah x, v = halaju sisih dalam arah y, Ru = pekali pengkorelasian dua titik, Ruv = pekali pengkorelasian satu titik.
deviatesisih; lencongFizikTiadaTiada
deviatesisih; lencongKomunikasi MassaTiadaTiada
deviatesisih; lencongMatematikTiadaMenyimpang daripada sesuatu yang dianggap biasa atau sebenar.
deviatesisih; lencongPsikologiTiadaTiada
q-sortsisih qPendidikanTiadaTiada
casting outsisihPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
casting outsisihKesenianTiadaTiada
deviator stresstegasan sisihKejuruteraanTiadaTiada
deviator strainterikan sisihKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas