interlude | selingan | Kesusasteraan | Puisi | Sesuatu citra lain yang disisipkan oleh penyair di antara dua citra utama yang berkaitan. Dalam puisi ini ombak dan laut diimejkan seorang nenek dan anak gadis. Contohnya, puisi "Laut" karya Kemala. Akulah laut gadis, cantik tidur di peraduannya sisik-sisik riak di tubuhku Iukisan detik dan tarian angin bersatu dIg.emersik ingin saujana ketenangan ini. Akulah laut pemuda tangkas asuhan waktu gelegak ombak menjadi kata deru menjengkau ufuk muzik terdampar ke benteng karang lalu kenal diri. |
sick fish | ikan sakit | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang menunjukkan simptom seperti mata membonjol, sisik tanggal, sisik menegak, sirip dan ekor mereput, badan berubah warna, luka, timbul ulser, lesi dan berkeadaan lemah. |
scale drop disease | penyakit sisik tanggal | Perikanan | Akuakultur | Penyakit pada ikan air payau dan air laut yang disebabkan oleh bakteria atau virus yang mengakibatkan sisik ikan tertanggal. |
corm | umbisi | Herba | Tiada | Batang pendek yang membengkak dan tumbuh menegak di dalam tanah. Umbisi dilapisi oleh daun nipis bak sisik yang kering dan berfungsi sebagai penyimpanan makanan. Umbisi utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, keladi, keladi tikus dan keledek. |
clinical signs | tanda-tanda klinikal | Perikanan | Akuakultur | Ciri-ciri abnormal yang boleh diperhatikan secara luaran dan dalaman ikan, seperti luka, perdarahan, mata membonjol, sisik tanggal, ginjal membengkak, dan hati pucat. |
dropsy | dropsi | Perikanan | Akuakultur | Bendalir yang terkumpul dalam sel tisu atau rongga badan ikan. Bendalir ini wujud hasil daripada ketidakseimbangan homeostasis ikan yang boleh menyebabkan sisik ikan menegak. Dropsi juga merupakan gejala kemerosotan kesihatan ikan. |
fingerling | anak ikan | Perikanan | Akuakultur | Peringkat hidup ikan yang telah berlaku metamorfosis daripada peringkat larva dan mempunyai morfologi yang lengkap. Pada peringkat ini, sirip dan sisik mula terbentuk. |
bone bed | lapisan tulang | Geografi | Tiada | Stratum endapan, biasanya lapisan tipis batu pasir, batu kapur, atau gravel, yang mengandung banyak serpihan tulang atau tulang fosil, dan sering kali juga mengandung tinggalan bahan organik yang lain, seperti sisik, gigi, dan koprolit. |
bone bed | lapisan tulang | Geologi | Tiada | Stratum endapan, biasanya lapisan tipis batu pasir, batu kapur, atau gravel, yang mengandung banyak serpihan tulang atau tulang fosil, dan sering kali juga mengandung tinggalan bahan organik yang lain, seperti sisik, gigi, dan koprolit. |