Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.sip] | سيسيڤ

Definisi : ;bersisip terletak dll di celah-celah (di sela-sela), terselit: sepucuk pistol ~ di ping­gangnya; ~ keris a) memakai keris dgn me­nyelitkannya di pinggang; b) ki masih muda atau belum keluar mayangnya (pohon kelapa), dara; bersisipkan memakai sesuatu (keris dll) dgn menyelitkannya di pinggang: di dlm andung itu duduk seorang bangsawan dgn pakaian yg indah, ~ keris; menyisip 1. masuk di celah-celah (di sela­sela): ditikamnya Raja Suran, kena baluhan gajah, sejengkal ~ ke sebelah; 2. = menyisipi memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yg bocor: Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yg bocor dgn daun pisang atau dgn upih pinang; 3. = menyisipi menyirat (jala, jaring, dll): sentiasa baldu itu disisipnya; 4. = menyisipi (Lin) membubuh sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata-kata: perkataan “gilang” apabila disisipi dgn “em” menjadi “gemilang”; 5. = menyisipi menukar tanaman yg mati (yg kurang baik) dgn tanaman yg elok dan lebih segar: ~ padi; menyisipkan, mempersisipkan 1. memasuk­kan di antara dua benda (di celah-celah, di sela-sela), menyelitkan: bunga itu disisip­kannya ke lubang kancing baju tentang dadanya; pura ialah sj pundi-pundi tempat menyimpan wang yg disisipkan di pinggang; 2. memasukkan (ke dlm cerita, buku, dll), memuatkan: bahagian-bahagian lucu di­sisipkan di sana sini; 3. menggunakan sesuatu utk menyisip (atap, jala, dll); 4. (Lin) me­masukkan sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata­kata: ~ “em” dlm kata “guruh” menjadi “gemuruh”; tersisip 1. sudah disisip, terselit: sebilah keris ~ di pinggangnya; 2. terkandung (termasuk) dlm; sisipan 1. sesuatu yg disisipkan; 2. (Lin) imbuhan (el, em, er, dsb) yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok; kesisipan termasuk (tertikam) sesuatu ke dlm daging, kemasukan; penyisipan (Lin) perihal membubuh sisipan pd kata-kata pokok; penyisip alat utk menyisipkan sesuatu: pro­ses ini memerlukan ~ utk menegangkan anyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.sip] | سيسيڤ

Definisi : ; ~ kaca kepingan kaca yg kecil dan tipis tempat meletakkan sesuatu yg hendak dilihat di bawah mikroskop. menyisip 1 ada di celah dua benda; menyelit: Sekeping gambar ~ di dlm bukunya. 2 mengganti sesuatu yg la­ma dgn yg baru (atap, papan dsb). 3 mengganti tanaman yg mati dgn yg segar. 4 masuk di celah-celah. menyisipkan 1 memasukkan atau meletakkan se­suatu di celah-celah dua benda; menyelitkan: Dia ~ kerisnya ke pinggang. 2 menggunakan sesuatu utk mengganti yg lama: ~ papan di lantai. tersisip 1 sudah disisipkan; terselit: Sebilah keris ~ di pinggangnya. 2 termuat atau terkandung dlm sesuatu. sisipan imbuh­an spt -el-, -em-, -er- yg disisipkan dlm sesuatu kata akar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisip
Kata Terbitan : menyisipi, menyisipkan, tersisip,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
package insertsisip bungkusanHerbaPeraturan dan PemasaranRisalah yang disertakan di dalam bungkusan bersama-sama produk farmaseutikal dan herba untuk golongan profesional kesihatan. Sisip bungkusan mengandungi maklumat seperti jenama atau nama produk, nama dan kekuatan bahan aktif, penerangan produk, farmakodinamik atau farmakokinetik, indikasi, dos yang disyorkan, cara penggunaan ubat, dan maklumat lain yang berkaitan.
valve seat insertsisip dudukan injapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGelang logam yang dipasang pada kepala atau blok silinder yang bertindak sebagai dudukan injap.
valve seat insertsisip dudukan injapKejuruteraan AutomotifEnjinGegelang bulat yang diperbuat daripada keluli terkeras yang ditekan pada lubang injap pengambilan atau lubang injap ekzos dalam kepala silinder untuk membentuk dudukan injap. Gegelang ini boleh ditanggalkan dan digantikan apabila rosak.
rod bearinggalas rodKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGalas sisip yang terbelah dua dan dipasang di dalam rod penyambung untuk membolehkan cemat engkol pada aci engkol berputar.
qualitative compositionkomposisi kualitatifHerbaPeraturan dan PemasaranSenarai bahan herba yang terkandung dalam produk yang tertera pada label dan sisip bungkusan.
truthful presentationpersembahan jujurHerbaPeraturan dan PemasaranMaklumat keberkesanan produk kosmetik yang betul, tepat dan dipercayai tepat berasaskan bukti terkini serta boleh diterima umum. Persembahan jujur dipamerkan atau dinyatakan dalam bentuk iklan, label atau sisip pada bungkusan dan risalah. Pemegang pemberitahuan kosmetik harus mematuhi persembahan jujur yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Kosmetik di Malaysia.
manufacturing processproses pengilanganHerbaPeraturan dan PemasaranLangkah-langkah pembuatan dari bahan mentah sehingga menjadi produk akhir. Mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), pengilangan produk herba termasuk sebarang proses pembuatan produk, pembungkusan dan penyertaan sisip produk serta pelabelan.

Kembali ke atas