Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.si.pan] | سيسيڤن

Definisi : 1. sesuatu yg disisipkan; 2. (Lin) imbuhan (el, em, er, dsb) yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si.pan] | سيسيڤن

Definisi : imbuh­an spt -el-, -em-, -er- yg disisipkan dlm sesuatu kata akar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisipan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frame storycerita berbingkaiKesusasteraanTiadaCerita dalam cerita. Dalam cerita berbingkai, terdapat sebuah cerita induk atau cerita inti yang merangkumi cerita sisipan yang bersifat utuh kendiri dan bebas. Cerita induk biasnya menjadi bingkai kepada cerita sisipan dengan cara menyediakan plot utama dan latar naratif. Cerita sisipan berbentuk cerita moralistik atau teladan yang relevan untuk tema inti. Cerita sisipan sering dikaitkan dengan cerita induk oleh seseorang pencerita. Contoh yang amat popular ialah Hikayat Seribu Satu Malam, Hikayat Bakhtiar dan Hikayat Bayan Budiman.
insertionalsisipanPerubatanTiadaCara perlekatan otot rangka pada tulang atau bahagian badan lain yang digerakkannya.
reactivity insertion accident (RIA)kemalangan sisipan kereaktifanSains NuklearKejuruteraan ReaktorKemalangan yang disebabkan oleh perubahan kereaktifan reaktor nuklear secara mendadak yang tidak terkawal.
oil dilutionpencairan minyakKejuruteraan AutomotifEnjinPengurangan kepekatan minyak pelincir dalam kotak engkol. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh sisipan bahan api cecair dari kebuk pembakaran ke dalam kotak engkol dan bercampur dengan minyak pelincir. Percampuran ini mencairkan minyak pelincir dan mengurangkan keberkesanan fungsinya.

Kembali ke atas