dual-brake sistem | sistem brek duaan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem brek yang mengandungi dua sistem hidraulik berasingan � satu sistem digunakan untuk membrek roda depan dan satu lagi untuk membrek roda belakang. |
quantum mechanics | mekanik kuantum | Kejuruteraan | Tiada | 2. Teori fizikal matematik yang berkembang daripada teori kuantum Planck dan memperkatakan tentang mekanik sistem atom dan sistem-sistem yang berkaitan dalam kuantiti yang dapat diukur. |
mixed economy | ekonomi campuran | Ekonomi | Tiada | Sistem ekonomi yang sebahagian peruntukan sumbernya dikawal oleh sektor swasta, dan sebahagian lagi oleh sektor awam. Ini bererti sistem ini menggabungkan unsur-unsur sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosiolis. Sinonim sistem campuran, sistem ekonomi campuran. |
Hare and List System | Sistem Hare dan List | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dua jenis sistem yang diamalkan dalam sistem pengundian berkadar. Dalam Sistem Hare pengundi diberi senarai calon yang bertanding dan dikehendaki menandakan beberapa calon yang dipilih menurut susunan kesukaannya. Sistem ini telah menetapkan satu kuota jumlah undi yang diperlukan dan calon pilihan pertama pengundi yang telah memenuhi kuota ini akan terpilih. Walau bagaimanapun, undi lebihan yang diperolehnya tidak terbuang, sebaliknya boleh dipindahkan kepada calon lain dalam parti yang sama, yang tersenarai sebagai pilihan kedua oleh pengundi tersebut. Manakala dalam Sistem List pula pengundi diminta menyenaraikan calon mengikut susunan parti pilihannya. Sistem ini mementingkan identifikasi parti lebih daripada calon. Parti yang mendapat paling banyak pilihan dianggap menang dan parti tersebut akan mengagihkan kerusi yang dimenangi kepada calon mereka berdasarkan senarai yang disediakan. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Ireland, Australia dan Afrika Selatan. |
air-aspirator sistem | sistem penyedutan udara | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem pancitan udara yang menggunakan denyut daripada sistem ekzos untuk membuka dan menutup injap. |
closed crankcase ventilation sistem | sistem alih udara kotak engkol tertutup | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem yang terdapat di dalam enjin, untuk membolehkan wap dan gas di dalam kotak engkol digunakan semula untuk sistem pembakaran. |
patient administration system (PAS) | sistem pentadbiran pesakit (PAS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang menyediakan capaian pada maklumat lengkap pesakit mengenai aktiviti sistem kesihatan. Sistem ini membolehkan pengurusan pesakit dijalankan secara efisien, responsif, fleksibel dan mesra pengguna. Komponen penting dalam sistem ini meliputi aplikasi pendaftaran pesakit, pengurusan sumber dan hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran rawatan. |
brake sistem | sistem brek | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem yang terdiri daripada silinder induk, salur brek, silinder roda dan kasut brek yang digunakan untuk memberhentikan kenderaan. |
cooling sistem | sistem penyejukan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem untuk menyejukkan enjin melalui penyerapan haba yang berlebihan dalam enjin. |
antilock brake sistem | sistem brek antikunci | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem yang dipasang pada brek kenderaan, untuk menghalang roda kenderaan terkunci semasa membrek. |