management information system (MIS) | sistem maklumat pengurusan (MIS) | Teknologi Maklumat | Perisian | Sistem yang meliputi aplikasi manusia, teknologi dan prosedur yang dikenali sebagai sistem maklumat. Sistem maklumat ini digunakan untuk menyelesaikan masalah pengurusan dan berbeza daripada sistem maklumat biasa kerana ia digunakan untuk menganalisis sistem maklumat dalam operasi seharian. Sistem maklumat ini memudahkan pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber yang diuruskan secara sistematik serta memudahkan penghasilan laporan. Dengan adanya sistem pengurusan maklumat, pihak pentadbiran akan lebih mudah membuat keputusan. |
Management Information System (MIS) | Sistem Maklumat Pengurusan | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem maklumat berasaskan komputer yang digunakan untuk mengumpul, memproses dan mengeluarkan laporan yang diperlukan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah organisasi. Setiap fungsi bisnes lazimnya menggunakan sistem maklumat yang khusus. Sistem maklumat ini direka bentuk agar aliran maklumat dapat distruktur dan disepadukan dengan sistem maklumat pengurusan fungsi bisnes yang lain. Contohnya sistem maklumat perakaunan sebuah pasaraya mengeluarkan maklumat tentang kedudukan stok, pendapatan hasil jualan harian,mingguan dan bulanan. Contoh lain adalah sistem maklumat pelajar yang mengelurkan laporan statistik pelajar mengikut fakulti, kaum dan jantina. |
kiosk information system | sistem maklumat kios | Teknologi Maklumat | Perisian | Sistem maklumat yang digunakan untuk menyokong fungsi kios elektronik seperti memberi maklumat pelancongan, menambah nilai kad atau membuat pembayaran bil. Sistem maklumat kios biasanya mempunyai pangkalan data untuk menyimpan data setempat. Terdapat juga kios yang menyediakan capaian Internet. Sistem maklumat jenis ini juga menerima input dari pelbagai sumber seperti kekunci maya atau sentuhan skrin. |
human resource information system (HRIS) | Sistem Maklumat Sumber Tenaga Manusia | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis sistem maklumat pengurusan yang direka bentuk untuk mengurus sumber manusia sesebuah organisasi. Sistem ini menyimpan data peribadi, rekod perkhidmatan, latihan, kesihatan, kepakaran dan kelulusan akademik. Kadang kala dirujuk sebagai sistem maklumat staf atau sistem maklumat kakitangan. Contohnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggunakan sistem HRMIS untuk menguruskan kakitangan kerajaan. |
padding | bahan pad; penebal | Kejuruteraan | Tiada | 2. Penebal: Teknik yang digunakan dalam sistem-sistem maklumat digit apabila blok maklumat yang terisi separa dilengkapkan dengan pengisian data semu. |
accounting information system | sistem maklumat perakaunan | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem maklumat yang merakamkan dan melaporkan urus niaga perniagaan, aliran keluar masuk kewangan organisasi, dan menghasilkan penyata kewangan. |
computer-base information system | sistem maklumat berkomputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem maklumat berteraskan komputer membantu kerja dan urusan pejabat. |
management information system | sistem maklumat pengurusan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sistem maklumat berasaskan komputer yang direka bentuk bagi membantu pembentukan dasar bagi semua lapisan pengurusan. Sistem maklumat ini menggabungkan manusia, perkakasan, perisian, jaringan komunikasi dan sumber data yang kemudiannya diproses menjadi maklumat kepada organisasi. Sistem ini dibina mengikut langkah-langkah berikut (1) Analisis penggubalan keputusan iaitu mengenal pasti objektif sesuatu organisasi dan jenis keputusan yang dibuat bagi mencapai objektif tersebut. (2) Analisis maklumat yang diperlukan berbeza-beza tertakluk kepada keputusan yang dibuat. (3) Pengumpulan keseluruhan keputusan dengan keperluan maklumat yang sama. (4) Reka bentuk sistem pemprosesan maklumat iaitu merupakan mekanik bagi sistem informasi (5) Reka bentuk sistem kawalan iaitu sistem maklumat pengurusan berkemungkinan mengesahkan kekurangan dalam bahagian-bahagian tertentu. |
manufacturing information system | sistem maklumat pembuatan | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem maklumat fungsian yang menyediakan maklumat tentang aktiviti pembuatan sesebuah firma. |
behavioural information system | sistem maklumat perilaku | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem maklumat yang direka untuk mengumpul maklumat mengenai tanggapan, keutamaan, dan sikap pekerja. |