Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanda-tanda yg terdapat pd alat peng­ukur (jangka suhu dsb) utk menentukan besarnya satuan ukuran: ~ Centigrade; kayu ~ kayu pembaris; 2. tingkatan (gaji dll); 3. nisbah atau kadar jarak (dlm peta, pelan, dll) sbg ganti yg sebenarnya: pelan sebuah rumah dilukis dgn ~ satu sentimeter bagi satu meter; ~ Celsius skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 0) dan takat didih air (diberi nilai 100); ~ Fahrenheit skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 32) dan takat didih air (diberi nilai 212); ~ Rich­ter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi, bernilai dr 0 hingga 8 atau lebih; penskalaan penghasilan skala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanda-tanda tetap yg terdapat pd sesuatu alat pengukur: Pd pembaris ini, ada ~ inci dan ada ~ sentimeter. 2 alat yg bertanda dgn ukuran-ukuran tertentu: kayu ~ kayu pembaris. 3 susunan se­suatu tangga gaji; tingkatan gaji. 4 bandingan ukuran antara sesuatu yg benar dgn yg dilukis (dipetakan): Pelan rumah itu dibuat dgn ~ 1 inci bagi 10 kaki. ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi (ukuran 5.5 hingga 8.9 dianggap sbg gempa yg teruk dan menyebabkan kemusnahan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skala


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adaptive behaviour scaleskala tingkah laku suaianPendidikanTiadaSkala mengukur perkembangan kemahiran fungsian individu yang mempunyai masalah ketidakupayaan fizikal. Skala ini mengukur penyesuaian tingkah laku dalam beberapa bidang seperti perkembangan fizikal, komunikasi dan sosialisasi.
microfluidicsmikrobendalir (ilmu)FizikNanoteknologiBidang yang mengkaji ciri bendalir pada skala mikro yang berbeza dengan ciri pada skala makro. Ciri ini termasuklah ketegangan permukaan, pelesapan tenaga dan kelikatan bendalir. Bidang ini penting dalam pembuatan alat automatik operasi kimia yang bersaiz kecil. Dalam bidang perubatan, kajian ini digunakan untuk memindahkan sel dari satu tempat ke tempat lain menggunakan saluran berisi cecair.
nanostructurenanostrukturFizikNanoteknologiObjek yang mempunyai saiz di antara struktur molekul dengan struktur mikroskop. Struktur ini dibezakan mengikut bilangan dimensi pada skala nano. Contohnya, bintik kuantum mempunyai diameter 5 nm - 100 nm, mempunyai sifar dimensi pada skala nano, filem tipis berketebalan antara 0.1 nm - 100 nm adalah nanostruktur berdimensi satu. Sementara nanotiub dengan diameter tiub antara 0.1 nm - 100 nm mempunyai dua dimensi pada skala nano. Sfera nanozarah mempunyai tiga dimensi pada skala nano dengan saiz antara 0.1 nm - 100 nm.
pilot scale batchkelompok skala rintisHerbaPeraturan dan PemasaranKelompok produk yang dihasilkan pada peringkat penyelidikan dan pembangunan. Produk ini boleh digunakan untuk kajian kestabilan dan ujian klinikal. Kelompok skala perintis penting dalam menyediakan data-data bagi proses pengilangan.
octaveoktafKesenianTiada1. Lapan ton skala major atau minor yang terbahagi kepada dua belas semiton. 2. Jeda di antara ton pertama dan kelapan (meninggi dalam skala major atau minor)
nanoscale lithographylitografi nanoskalaFizikNanoteknologiSeni dan sains pemunaran, penulisan dan pencetakan huruf atau litar pada peringkat skala nanometer. Proses ini termasuklah kaedah mengubah suai cip semikonduktor pada skala atom untuk tujuan fabrikasi litar bersepadu. Peralatan yang digunakan dalam nanolitografi ini termasuklah mikroskop penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM).
nanoroboticsnanorobotikFizikNanoteknologiIlmu teknologi untuk membina mesin atau robot berskala menghampiri skala nanometer biasanya antara 0.1 mikrometer - 10 mikrometer. Robot ini digunakan untuk berinteraksi dengan tepat kepada objek berskala nano atau berupaya bekerja pada resolusi skala nano. Contohnya, nanorobot digunakan untuk mengenal pasti dan membunuh sel kanser.
psychiatric rating scaleskala pengkadaran psikiatriPerubatanPsikiatriUkuran tertentu yang digunakan dalam penilaian gejala pesakit psikiatri.
Mass ValuationPenilaian Skala BesarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Mass ValuationPenilaian Skala BesarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123456

Kembali ke atas