derived score | skor terbitan | Psikologi | Psikologi Umum | Skor atau markat yang diperoleh melalui pengiraan statistik tertentu. Contohnya, skor piawai diperoleh dengan menggunakan formula skor Z. Sinonim skor perolehan. |
average score | skor purata | Sukan | Tiada | Pengiraan jumlah skor setiap juruhakim setelah skor tertinggi dan terendah disingkirkan. Jumlah skor ini kemudiannya dibahagi kepada bilangan juruhakim yang terlibat. |
t-score | skor-t | Matematik | Tiada | Skor yang terhasil daripada setiap skor x melalui penjelmaan t = x 10 + 50, dengan x mewakili min kumpulan skor asal dan s sisihan piawainya. Dengan pempiawaian ini, min bagi skor yang terhasil ialah 50 dan sisihan piawainya 10. |
objective pain score | skor nyeri objektif | Perubatan | Tiada | Sistem penggredan tahap kesakitan pesakit seperti Skor Penglihatan Analog yang mempunyai skor antara 0 hingga 10. Skor 10 menunjukkan tahap maksimum kesakitan. |
standard deviation | sisihan piawai | Psikologi | Psikologi Umum | Ukuran variasi yang boleh memperlihatkan jumlah variasi dalam kalangan skor. Contohnya, jika skor daripada kajian psikologi tentang motivasi tidak berhimpun dekat dengan min, maka sisihan piawainya besar. Begitu juga jika skor sisihan piawai kecil, maka skor motivasi kajian tersebut tidaklah terlalu berbeza antara satu sama lain. |
z-score | skor-z | Matematik | Tiada | Skor yang terhasil daripada setiap skor x melalui penjelmaan |
Glasgow coma scale | skala koma Glasgow | Perubatan | Tiada | Sistem skor yang digunakan untuk menilai tahap koma pesakit. Kriteria skor berdasarkan respons terbaik motor, pertuturan dan mata dengan skor maksimum bernilai 15. |
base score | skor dasar | Sukan | Tiada | Skor yang diperoleh dengan mengambil kira jumlah purata hakim dan pakar atau ketua hakim. |
observed score | skor mentah | Pendidikan | Tiada | Skor yang belum diolah melalui operasi matematik, seperti perskalaan atau pertaraan. |
final score | skor akhir | Sukan | Tiada | Skor markah yang diperoleh oleh atlet gimnastik selepas persembahan rutinnya. |