Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skrin] | سکرين

Definisi : 1. sekat (tabir dll); 2. permukaan yg rata berupa kaca dsb (pd televisyen, monitor komputer dsb) tempat memaparkan gambar, teks, grafik dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skrin] | سکرين

Definisi : 1 tabir yg dpt digerak-gerakkan utk melindungi sesuatu dsb. 2 permukaan yg rata pd televisyen dll tempat gam­bar dpt dilihat. ~ rata ist monitor komputer, televisyen dsb yg berbentuk panel nipis, mempunyai permukaan yg rata, dan ringan. ~ sentuh ist skrin komputer yg membolehkan pengguna membuat arahan kpd komputer dgn cara menyentuh skrin tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skrin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
screen effectkesan skrinTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKesan yang diakibatkan oleh tindak balas sinaran pengionan dengan skrin yang digunakan dalam kaedah pengujian radiografi. Skrin ini biasanya diperbuat daripada plumbum yang digunakan untuk meningkatkan kualiti imej radiografi, terutamanya ketika tenaga sinaran yang lebih tinggi digunakan. Jika skrin tersebut tidak dijaga dengan betul, hal ini boleh mengakibatkan kecacatan pada radiograf yang terhasil.
pardon screenskrin pengampunanKesenianHiasan DalamanSkrin yang mengelilingi atau yang diletakkan bersebelahan dengan seseorang pengaku di gereja. Skrin pengampunan digunakan sebagai tirai untuk melindungi pengaku daripada dilihat oleh orang awam semasa sesi pengakuan dijalankan di gereja itu.
fenderpengadangKesenianHiasan DalamanBesi penghalang yang digunakan untuk menghalang percikan api atau kayu pada ruang pendiang di dalam rumah di negara beriklim sejuk. Sinonim skrin depan, skrin pengadang api.
screencastrakam-siar skrinTeknologi Maklumate-PembelajaranTeknik rakaman digital dan output skrin komputer yang merakam segala perubahan pada skrin dalam jangka masa tertentu yang ditambah baik dengan pengisahan audio untuk tujuan siaran pengajaran dan pembelajaran.
pole screenskrin depanKesenianHiasan DalamanLihat skrin api.
fire screenskrin pengadang apiKesenianHiasan DalamanSkrin yang digunakan pada bahagian hadapan pendiang atau ruang unggun api untuk mengelakkan percikan bara.
ultrasonic scanning presentationimbasan ultrasonikTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBentuk paparan pada skrin ultrasonik oleh prob semasa proses pengujian bahan dilaksanakan. Terdapat tiga bentuk asas paparan yang dipersembahkan pada skrin ultrasonik, iaitu A, B dan C. Lihat juga imbas-A, imbas-B, imbas-C.
Bjerrum screenskrin BjerrumSains KesihatanTiadaLayar hitam yang digunakan untuk mencerap dan menyurih medan penglihatan.
film screenskrin filemTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLapisan bahan yang diletakkan filem di dalamnya dan berfungsi untuk menapis sinaran bertenaga rendah dan hanya membenarkan sinaran bertenaga tinggi melepasinya serta menapis sinaran yang datang daripada sinaran serak balik.
font sizesaiz fon-TiadaUkuran aksara pada skrin komputer atau hasil cetak.
1234

Kembali ke atas