Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sku.ba] | سکوبا

Definisi : alat yg terdiri drpd set pernafasan dan silinder udara mampat, yg digunakan oleh penyelam utk membantunya bernafas semasa berada di bawah permukaan air (laut dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sku.ba] | سکوبا

Definisi : alat yg terdiri drpd set pernafasan, termasuk silinder udara mampat, yg digunakan oleh penyelam utk membantunya bernafas semasa berada di bawah permukaan air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skuba


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scuba divingselam skubaPerikananTiadaAktiviti menyelam dengan menggunakan peralatan skuba yang lengkap. Aktiviti ini biasanya dilakukan secara berkumpulan yang diketuai oleh seorang ketua penyelam.
skin divingselam tanpa skubaPerikananTiadaAktiviti menyelam secara biasa yang tidak menggunakan peralatan skuba tetapi penyelam masih menggunakan snorkel, topeng muka dan kaki sirip. Aktiviti ini biasanya dilakukan pada kedalaman tertentu mengikut ketahanan pernafasan penyelam.
diving gearperalatan selamPerikananTiadaPeralatan yang digunakan oleh penyelam dalam aktiviti selam skuba. Peralatan ini termasuklah tangki skuba, sut selam, pemampas apungan, kompas, tali pinggang, pisau, lampu, pemampat udara, jam dan tolok tekanan.
dive masterketua selamPerikananTiadaPenyelam skuba bertauliah yang mengetuai kumpulan penyelam. Ketua selam bertanggungjawab mengatur jadual, menentukan kawasan selaman dan menjaga keselamatan penyelam. Ketua selam juga boleh dikategorikan sebagai pemandu pelancong.
coral bootbut karangPerikananTiadaKasut yang digunakan oleh penyelam skuba untuk aktiviti selam permukaan di kawasan terumbu karang. But karang digunakan untuk mengelakkan kerosakan pada batu karang apabila penyelam terpijak karang. But ini juga digunakan untuk melindungi kaki penyelam supaya tidak tercedera apabila terkena karang yang tajam atau hidupan berbisa. Lihat juga selam permukaan.
diving sitetapak selamPerikananTiadaKawasan yang dikhaskan untuk aktiviti selam skuba. Kawasan tapak selam biasanya selamat dan tidak berbahaya kepada penyelam. Tapak ini direkodkan dalam buku panduan menyelam untuk dijadikan sebagai rujukan penyelam.
aqualungakualungPerikananTiadaSilinder udara beroksigen yang disandang di belakang tubuh penyelam skuba. Silinder ini membekalkan oksigen kepada penyelam untuk bernafas di dalam air.
buoyancy compensator devicealat penganjal apunganPerikananTiadaJaket yang dipakai oleh penyelam skuba untuk menyelaras kedalaman penyelam di dalam air. Jaket ini mempunyai corong pernafasan, tangki sampingan udara mampat, meter kedalaman dan injap kawalan udara. Dalam situasi kecemasan, penyelam akan menyentap tali yang terdapat pada jaket untuk melepaskan udara dari tangki udara sampingan mampat bagi membolehkan penyelam timbul dengan cepat ke permukaan air.
dive compasskompas selamPerikananTiadaAlat penunjuk arah yang digunakan oleh penyelam skuba semasa di dasar laut atau tasik.
dive sitetapak selamPelanconganTiadaKawasan atau tempat menyelam yang menjadi pilihan penyelam skuba untuk berekreasi sambil menikmati persekitaran bawah air.
12

Kembali ke atas