Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.lé/] | سوليق

Definisi : (solék) 1. serba elok (pakaian, hiasan, dll); 2. cara menghias diri (dlm berbagai-bagai erti): ~nya sederhana sekali; maka dikenakan ~ helang terbang menyongsong angin; alat ~ segala yg digunakan utk menghias diri (bedak, gincu, celak, dll); bersolek 1. berhias diri (memakai bedak, mengenakan gincu, dll): Aida sedang ~ di dlm biliknya; 2. berhias dgn, menggunakan sesuatu sbg hiasan; menyolekkan mengenakan alat solek pd seseorang: mereka sama-sama mendandan dan ~ model pengantin itu; solekan hasil bersolek atau menyolekkan: gadis itu mengenakan ~ yg nipis saja; persolekan perihal bersolek: sudah ramai wa­nita Melayu yg mendapat ijazah dlm ilmu ~; pesolek (orang yg) suka bersolek: dia ~ benar orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.lé/] | سوليق

Definisi : /solék/ cara menghias diri: alat ~ alat spt bedak (gincu dll) yg digunakan utk menghias diri. bersolek berhias diri dgn memakai bedak (gincu dll): Kalau ~ pun, janganlah lama-lama sangat. menyolek mengenakan alat solek pd; memekap: ~ pengantin. solekan hasil menyolek: Dia kelihatan menarik dgn ~ yg nipis dan sederhana. persolekan hal bersolek. penyolek orang yg menyolek. pesolek orang yg suka bersolek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
solek
Kata Terbitan : bersolek,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
make-up tutorialtutorial solekKesenianTiadaPengajaran tentang cara bersolek atau menggunakan produk kecantikan yang boleh ditonton melalui rakaman video atau secara langsung di media sosial. Tutorial solek biasanya dilakukan oleh artis atau pempengaruh kecantikan.
make-up tutorialtutorial solekKesenianTiadaPengajaran tentang cara bersolek atau menggunakan produk kecantikan yang boleh ditonton melalui rakaman video atau secara langsung di media sosial. Tutorial solek biasanya dilakukan oleh artis atau pempengaruh kecantikan.
cheval glasscermin solekKesenianHiasan DalamanCermin berkaki panjang yang tinggi, yang dipasang supaya berputar dalam bingkai khas dan boleh digerakkan.
coiffeusecoiffeuseKesenianHiasan DalamanAlmari solek yang diperkenalkan di Perancis pada abad ke-19.
blending spongespan pengadunFesyenTiadaSejenis span solek yang digunakan untuk meratakan bedak asas pada kulit dengan kemasan yang sekata.

Kembali ke atas