clutch solenoid | solenoid cekam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Solenoid yang terdapat pada penyaman udara, untuk membolehkan cekam melekat pada kapi pemacu pemampat. Apabila cekam melekat, pemampat akan dipacu dan sistem penyejuk mula beroperasi. |
solenoid | solenoid | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gegelung yang dililit pada teras besi yang akan menjadi magnet apabila arus elektrik mengalir melaluinya. |
idle solenoid | solenoid melahu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pelocok yang beroperasi secara elektrik, yang digunakan untuk menentukan kedudukan awal pendikit pada laju melahu. |
idle solenoid | solenoid pelahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pelocok yang beroperasi secara elektrik atau berelektromag- net, yang digunakan untuk melaraskan injap pendikit yang ditentukan semasa operasi melahu. Alat ini beroperasi dengan cara melaras bukaan injap pendikit yang sesuai untuk kelajuan melahu tertentu dan menutup bukaan tersebut apabila enjin dimatikan. |
cranking motor | solenoid pengengkol | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis geganti yang menghubungkan bateri dengan motor pengengkol. |
feedback carburetor | karburetor suap balik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Karburetor yang mengawal nisbah campuran udara-bahan api secara elektromekanikal bertujuan mengurangkan pancaran ekzos. Nisbah ini dikawal oleh komputer pengawal enjin melalui solenoid yang seterusnya mengawal motor pelangkah atau injap kawalan vakum. |
fuel injector | penyuntik bahan api | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Injap suntikan yang menyuntik bahan api ke dalam pancarongga pengambilan sesebuah enjin. Terdapat tiga kedudukan yang digunakan oleh penyuntik ini, iaitu sebelum injap pendikit atau sebelum injap pengambilan atau terus dalam kebuk pembakaran. Penyuntik ini mempunyai satu liang atau lebih dan boleh dikawal oleh solenoid atau secara mekanikal. 2. Muncung suntikan yang menyemburkan bahan api terus ke dalam kebuk pembakaran bagi enjin suntikan terus seperti enjin diesel yang bercampur dengan udara termampat semasa lejang mampatan. Muncung ini dikawal secara solenoid atau mekanikal. Sinonim muncung suntikan, pemancit bahan api. |