Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.né.ta] | سونيتا

Definisi : (sonéta) sj sajak yg terdiri drpd empat belas baris dan tiap-tiap baris pula mengan­dungi sepuluh suku kata dan mempunyai corak irama yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.né.ta] | سونيتا

Definisi : /sonéta/ bentuk puisi yg terdiri drpd empat belas baris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata soneta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sonnetsonetaKesusasteraanTiadaPuisi lirik 14 baris yang distrukturkan mengikut dua bentuk dan ceraian tetap seperti satu oktaf (lapan baris), sekstet (enam baris) dan tiga kuatrin (3 X 4 = 12 baris), dan satu kuplet (dua baris). Setiap baris soneta mengandungi lima kuplet (dua baris). Setiap baris soneta mengandungi lima unit pasangan suku kata, dan mempunyai rima mengikut pola tertentu. Pola inilah yang menentukan jenis soneta. Contoh soneta adalah seperti yang berikut: Pertama, Soneta Petrarch: Oktaf dan sekstet rima: a, b, b, a; a, b, a, b; c, d, e, c, d, e (atau c, d; c, d, c, d). Kedua, Soneta Spenser: Tiga kuatrin dan satu kuplet rima: a, b, a, b; c, d, c, d; e, f, e, f; g, g. Soneta berasal dari Sicily, Italy pada abad ke-13 dan diasaskan oleh penyair Petrarch dalam puisi cintanya. Bentuk soneta mula digunakan di England pada abad ke-16, dan bentuk ini dipelopori penyair seperti Sir Philip Sidney, Spenser dan Shakespeare, dan Milton. Pada abad ke-19, bentuk ini dihidupkan semula oleh penyair romantik seperti Wordsworth, Shelley, da
crown of sonnetslingkaran sonetaKesusasteraanTiadaEmpat rangkap soneta yang dikaitkan dengan baris terakhir rangkap pertama menjadi baris pertama rangkap kedua dan baris terakhir rangkap kedua menjadi baris, pertama rangkap ketiga.
iambic pentametrepentameter iambikKesusasteraanTiadaBait puisi yang mengandungi lima unit meter. Struktur ini biasanya digunakan untuk penulisan sajak tanpa rima, soneta dan kuplet wiraan. Lihat juga kuplet wiraan, soneta.
sonnetsonetaKesusasteraanTiadaTiada
Italian sonnetsoneta ItaliKesusasteraanTiadaPuisi yang mengandungi 14 baris puisi yang terbahagi dua; 8 baris pertama mengandungi oktaf atau ostet dan berima abbaabba; 6 baris berikutnya sestet biasanya berima cdecde.
crown of sonnetssoneta saptakaitKesusasteraanTiadaTiada
kindjenisKesusasteraanTiada1. Dalam sastera dibezakan tiga pokok genre, lirik, epik dan dramatik.,2. Jenis teks yang konkret, balada, soneta, cerita detektif dan sebagainya.
quatrainkuatrinKesusasteraanTiadaPuisi yang terdiri daripada empat baris dalah satu rangkap, biasanya berpola rima a,b,c,d. Kadang-kadang pola rimanya dalam bentuk a,b,a,a; a,a,b,b; a,b,b,a, dan a,a,b,a. Kuatrin banyak digunakan dalam puisi Eropah dan biasanya puisi panjang dalam bentuk naratif. Kuatrin terangkum dalam dua komponen oktaf soneta. Contoh dalam sajak Inggeris oleh Ogden Nash seperti yang berikut: Sure, deck your lower limbs in pants, Yours are the limbs, my sweeting, You look divine as you advance, Have you seen your self retreating? Contoh sayak Melayu oleh M. Ali Hasymy adalah seperti yang berikut: Lihat Tuan, biduk hayatku, Dihempas gelora segara dunia, Hanyut tiada bertentu tuju, Berlayar entah ke mana-mana, Ke mana kudayung bahtera hidupku, Laut dunia besar ombaknya, Ke mana daku mengarah tuju, Tanah tepi samar tampaknya.
lyriclirikKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang menyuarakan pemikiran dan perasaan sesorang penyair. Puisi ini mungkin diucapkan secara bersendirian atau kepada watak lain. Dalam kebanyakan puisi lirik, watak tersebut adalah rekaan dan berbeza dengan watak penyair. Tema lirik biasanya tentang percintaan dan suasana perasaan watak juga berhubungan dengan percintaan tersebut. Puisi lirik merupakan suatu pernyataan ringkas tentang keadaan perasaan watak seperti dalam sajak bertajuk To Night oleh Shelley. Jenis-jenis puisi lirik ialah soneta, oda, elegi dan haiku. Puisi lirik yang lebih kompleks dan pabnjang ialah elegi dan oda. Contoh puisi Oda ialah On the Morning of Christ�s Nativity oleh Milton. Lihat juga oda.

Kembali ke atas