Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[song.két] | سوڠکيت

Definisi : (songkét) = kain ~ kain tenun yg bersulam dgn benang emas atau benang perak: ibu membelikan ayah ~ berwarna biru; bersongket 1. bersulam dgn benang emas atau benang perak: kain ~; 2. memakai songket: kedua-dua mempelai itu ~ hijau yg ditempah khas di Terengganu; menyongket menyulam dgn benang emas (perak): wanita itu mewarisi kehandalan menenun, menyulam, ~, menekat dan me­ngarang manik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.két] | سوڠکيت

Definisi : /songkét/, = kain ~ kain yg bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. bersongket 1 bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. 2 memakai songket. menyongket membuat songket dgn menyulam tenunan benang biasa dgn benang emas atau dgn benang perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata songket

Puisi
 

Kain songket berkodi-kodi,
     Tersusun indah di atas peti;
Biarpun sedikit bernama budi,
     Guna menempah jasa bakti.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
melancholysayuKesusasteraanPuisiNada atau suasana yang terpancar daripada sesebuah puisi seperti nada murung, hiba dan sayu. Nada dan suasana ini lebih senang ditanggap oleh khalayak pendengar apabila sesebuah puisi yang mengandungi unsur-unsur tersebut dideklamasikan. Contohnya,dalam puisi '"Hikayat Malim Deman" yang bernada suasana sayu dapat dirasakan dari pantun di bawah. Sinonim melankoli. Ada kain songket permata, Tenun Puteri Galuh Kencana; Ada lain buangkan beta, Kerana beta dagang yang hina.

Kembali ke atas