Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hormat (segan, takzim) dgn tatatertib: jangan kurang ~ di hadapannya; 2. baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab: suaranya lembut dan ~; kau memang kasar dan tidak ~; 3. baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur): perempuan hendak­lah sepanjang masa ~ dr segenap segi; 4. sl berasa segan (takut, gentar, ngeri) akan: tiada hamba peduli dan ~ akan raksasa itu; bukanlah Raja itu besar namanya dan se­gala seteru pun tiada ~ akan dia; bersopan berbudi bahasa, beradab: orang kampung memang ~ kpd orang luar; menyopani 1. berlaku sopan terhadap, menghormati; 2. = mengesopani sl berasa takut (gentar, segan) akan: tiada siapa yg dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja; menyopankan mendidik (mengajar, me­ngasuh, dll) supaya menjadi sopan, meng­adabkan; kesopanan 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban; ketaksopanan keadaan tidak sopan: nilai­-nilai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 baik budi bahasanya; baik perangai dan tingkah lakunya; beradab: Jika ada tetamu datang, kamu hendaklah sentiasa ~. 2 hormat dan takzim: Tetamu itu disambutnya dgn ramah-tamah lagi ~. bersopan berlaku sopan: Kita hendaklah sentiasa ~. menyopankan menjadikan sopan: Mereka berusaha ~ remaja bermasalah itu. kesopanan keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anjunglah Siam patah kemudi,
     Ambil paku lantak di papan;
Diamlah diam tidak berbunyi,
     Lupalah malu bertepuk sopan.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
honorific wordkata hormatKesusasteraanPuisiPerkataan yang dipilih dan diungkapkan oleh seseorang penyair yang mengandungi nilai-nilai hormat dan sopan santun. Contohnya, perkataan yang dipilih dan diungkapkan oleh seseorang penyair seperti perkataan ibunda untuk emak dan meninggal dunia atau mangkat untuk mati.
lurkinglengaiTeknologi Maklumate-PembelajaranKeadaan seseorang yang mengikuti sesuatu perbincangan secara dalam talian dengan hanya membaca dan memerhati tanpa mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Tindakan ini tidak dianggap kurang sopan kerana mereka mungkin mendalami sesuatu sebelum aktif berbincang.
gothic romancenovel gotikKesusasteraanTiadaNovel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik.
classicklasikKesusasteraanTiadaKategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis. Ketinggian nilai karya ini terletak pada ketinggian pemikiran yang mendasari penulisan karya tersebut. Aspek penting yang diketengahkan dalam karya termasuklah sejarah, adat-istiadat, kepercayaan, sosiopolitik, undang-undang, adab sopan dan sebagainya. Di samping itu, karya klasik memperlihatkan ketinggian seni kesusasteraan Melayu zaman silam yang kaya dengan kehalusan bahasa, ketajaman pemikiran, kekayaan pengalaman, dan keindahan pengucapan. Ketinggian mutu karya bagi suatu bangsa ada kalanya berlaku dalam suatu tempoh masa tertentu yang dianggap sebagai periode klasik bagi hasil kesusasteraan bangsa tersebut. Karya yang tergolong dalam periode itu merupakan karya zaman keemasan dalam sejarah bangsa tersebut. Zaman Abasiyah dianggap zaman keemasan dalam tradisi kesusasteraan Arab tradisional. Abad ke-16 hingga abad ke-19 boleh dianggap sebagai period klasik dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional.

Kembali ke atas