Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sio.bu.da.ya] | سوسيوبودايا

Definisi : hubungan masyarakat dgn budaya (spt cara hidup, adat istiadat, dll): Malaysia mengalami perkembangan pesat dlm ~, ekonomi, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosiobudaya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
folk landscapelandskap rakyatPelanconganTiadaPemandangan alam sekitar dan seni bina yang melambangkan sosiobudaya masyarakat setempat.
community developmentpembangunan komunitiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan dengan penglibatan penduduk bagi meningkatkan ekonomi, sosiobudaya, dan persekitaran.
social controlkawalan sosialPentadbiranTiadaMekanisma atau kaedah yang digunakan untuk mengawasi tingkah laku individu dan kumpulan individu bagi menjamin kemakmuran dalam masyarakat. Kawalan sosial dianggap sebagai pemangkin utama dari sudut penjagaan keamanan, keselamatan, keselesaan dan sebarang bentuk ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, kekukuhan ekonomi, kestabilan politik, keseimbangan sosiobudaya, perpaduan kaum dan integrasi nasional mudah dicapai. Walau bagaimanapun, keberkesanan kawalan sosial di dalam sesebuah masyarakat banyak bergantung kepada tahap kesedaran yang tinggi, keakraban hubungan komuniti dan kerjasama yang wujud dalam masyarakat itu sendiri. Misalnya, peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung, RELA, Pertubuhan Belia dan sebagainya boleh dianggap sebagai mekanisma kawalan sosial yang penting untuk mencegah huru-hara dalam masyarakat.
narrative contractkontrak naratifKesusasteraanTiadaBentuk perjanjian atau persetujuan secara bersama antara pencerita dengan audiensnya. Dengan perjanjian atau persetujuan ini, pencerita akan bercerita dan audiens dapat mendengar cerita itu. Pada tahap yang paling asas, kontrak naratif boleh wujud melalui kata-kata seorang ibu kepada anaknya, �Saya akan bercerita seandainya awak bersedia menerima nasihat saya�. Pada tahap yang lebih kompleks, kontrak naratif juga berkaitan dengan norma budaya yang hidup dalam masyarakat. Seorang pencerita tidak boleh bercerita dengan sebebas-bebasnya kerana dia harus terikat dengan tuntutan konvensi pemikiran atau sosiobudaya audiens dalam masyarakatnya.

Kembali ke atas