Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sio.é.ko.no.mi] | سوسيوايکونومي

Definisi : (sosioékonomi) berkaitan dgn, melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor ke­masyarakatan dan ekonomi: kajian-kajian ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sio.é.ko.no.mi] | سوسيوايکونومي

Definisi : /sosioékonomi/ ber­kaitan dgn atau melibatkan faktor kemasyarakatan dan faktor ekonomi: kajian-kajian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosioekonomi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
socioeconomic classkelas sosioekonomiSains PolitikPolitik PerbandinganStrata dalam masyarakat yang berasaskan sosioekonomi. lndividu atau golongan yang memiliki kedudukan ekonomi dan sosial yang tinggi akan mendapat penghormatan dalam masyarakat. Seorang ahli politik, pentadbir dan pemimpin masyarakat dianggap boleh menduduki kelas sosioekonomi yang tinggi, manakala golongan seperti petani, nelayan, pekedai, buruh dan sebagainya tidak memiliki kelas sosioekonomi ini. Kelas sosioekonomi yang baik amat penting dalam mempengaruhi pembinaan demokrasi sesebuah negara.
socioeconomic developmentpembangunan sosioekonomiSains PolitikPolitik PerbandinganPerkembangan sosial dan ekonomi yang dialami oleh masyarakat di sesebuah negara. Kemajuan ini dilihat melalui elemen seperti kadar perindustrian, tingkat pendapatan negara, tahap kenaI huruf, perbandaran, saiz kelas menengah, tahap kesihatan, bilangan golongan profesional dan sebagainya. Perkembangan ini juga mengambil kira tahap pengedaran akhbar, pemilikan telefon dan insurans yang tinggi. Selain itu, pembangunan sosioekonomi ini boleh mempengaruhi perkembangan politik sesebuah negara. Sarjana politik seperti Lipset dan Girling pula mengatakan bahawa pembangunan sosioekonomi dilihat sebagai faktor penting kepada perkembangan demokrasi. Semakin kaya sesebuah negara itu semakin tinggi kemungkinan menjadi lebih demokratik.
socioeconomic studykajian sosioekonomiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPenyelidikan secara terperinci ke atas keadaan sosial dan ekonomi penduduk.
socioeconomic surveykaji selidik sosioekonomiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengumpulan maklumat tentang sosial dan ekonomi penduduk seperti ciri-ciri isi rumah, pendapatan, dan perbelanjaan.
Marxist criticismkritikan MarxisKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menganggap sastera sebagai suatu idiologi yang mencerminkan pergelutan kelas sosioekonomi masyarakat. Kaedah kritikan ini berteraskan teori Marxis yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Mengikut teori Marxis, sejarah manusia termasuklah institusi, cara pemikiran dan hubungan manusia dipengaruhi sepenuhnya oleh sistem ekonomi yang diamalkan termasuk kaedah pengeluaran. Kaedah pengeluaran mempengaruhi hubungan kuasa dan menimbulkan konflik antara kelas dalam masyarakat. Kritikan Marxis membincangkan pertalian antara karya dengan elemen yang mempengaruhi penulisannya seperti kelas, idiologi dan ekonomi. Kritikan Marxis mementingkan paparan kehidupan yang realisitik terutamanaya mengenai isu keterasingan manusia dan konflik antara kelas dalam sistem kapitalis. Kritikan ini juga mempertikaikan tulisan yang memperakukan nilai borjuis, iaitu nilai material dalam sistem kapitalis. Pendekatan Marxis memanfaatkan kaedah realisme sosial yang berfungsi untuk menjelaskan gambaran realiti yang sebenar menurut fahaman Marxis. Antara pengkritik teori ini ialah Georg Lukacs, Pierre Macherey, Terry Eagleton dan Fredric Jameson. Lihat juga kritikan sastera, realisme sosial.
aggregationpengagregatanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKumpulan masyarakat yang terdiri daripada beberapa kumpulan sosial yang kurang berinteraksi disebabkan oleh perbezaan sosioekonomi, perbezaan ras, dan sebagainya.
Marxist criticismkritikan MarxistKesusasteraanTiadaPendekatan kritikan sastera yang menganalisis karya dalam konteks kelas masyarakat, ideologi tentang struktur masyarakat termasuk status sosioekonomi, hubungan kuasa dan konflik antara pelbagai segmen masyarakat serta unsur-unsur yang mewakilinya.
compensatory curriculumkurikulum tambahanPendidikanTiadaKurikulum yang direka bentuk untuk mengatasi kelemahan pendidikan bagi kumpulan tertentu seperti kumpulan minoriti, iaitu kumpulan sosioekonomi rendah. Kurikulum tersebut bersifat kurikulum percubaan atau tambahan dan bukan untuk perubahan pendidikan yang menyeluruh.
social aggregationagregat sosialPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKumpulan masyarakat yang terdiri daripada kumpulan sosial yang kurang berinteraksi disebabkan oleh perbezaan sosioekonomi, ras, dan sebagainya.
regional policydasar wilayahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaDasar pembangunan yang ditentukan untuk sesuatu wilayah berkaitan dengan aspek fizikal, sumber jaya, penduduk, sosioekonomi, dan sebagainya.

Kembali ke atas