Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata soviet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
workers SovietSoviet pekerjaSejarahTiadaTiada
Komitet Gosudarsvenoy Bezopanosti (KGB)Polis Rahsia SovietSains PolitikHubungan AntarabangsaBadan perisikan dan keselamatan negara Kesatuan Soviet. Badan perisikan ini berada dalam kawalan politik pemimpin Kesatuan Soviet dan mempunyai kuasa dalam operasi pengintipan luar negara serta pengawalan kepada pembangkang pemerintah komunis. Badan perisikan ini juga memainkan peranan yang penting dalam hal risikan semasa Perang Dingin. Sinonim KGB.
Soviet six meter telescopeteleskop enam meter SovietMatematikTiadaTeleskop pantulan yang terbesar di dunia, yang terletak di Balai Cerap Astrofizik Khas, Akademi Sains Rusia berhampiran dengan Zelenchukskaya di Caucasus.
Warsaw PactPakatan WarsawSains PolitikHubungan AntarabangsaPakatan yang ditubuhkan pada bulan Mei 1955 sebagai tindak balas terhadap penyertaan Republik Persekutuan Jerman sebagai anggota NATO. Pakatan ini diketuai oleh Kesatuan Soviet dan dilihat oleh Barat cuma sebagai satu pertubuhan untuk mengesahkan kehadiran tentera Kesatuan Soviet di negara anggotanya, iaitu Bulgaria, Czechoslovakia, Republik Demokratik Jerman, Hungary, Poland dan Romania. Keruntuhan kuasa Kesatuan Soviet di Eropah Timur pada tahun 1989 telah menyebabkan keruntuhan pakatan ini. Pada bulan November 1990 di Persidangan Paris, anggota pakatan ini mengisytiharkan bahawa aspek ketenteraan pakatan ini telah mati dan selepas tahun 1991, pakatan ini tidak lagi berfungsi.
Intermediate Nuclear Force TreatyPerjanjian Nuklear Jarak PertengahanSains PolitikHubungan AntarabangsaPerjanjian yang ditandatangani pada tahun 1987 untuk menghapuskan U.S. Pershing II milik Amerika Syarikat dan Soviet SS-20 Missiles milik Kesatuan Soviet. Pengharaman penggunaan kedua-dua senjata tersebut merupakan usaha yang dilakukan untuk menghapuskan senjata tertentu yang biasanya dimiliki oleh kuasa besar untuk mengelakkan perang nuklear. Sinonim INF.
GOST (soviet standard)GOSTKomunikasi MassaTiadaTiada
iron curtaintabir besiSains PolitikHubungan AntarabangsaGarisan sempadan antara negara Eropah yang dikawal oleh Kesatuan Soviet dengan Eropah Barat. Istilah ini pertama kali digunakan oleh Ethel Snowden, isteri ahli politik British daripada Parti Buruh pada tahun 1920, kemudian telah digunakan dengan meluas setelah dijadikan terkenal oleh Winston Churchill dalam syarahannya di Missouri pada tahun 1946. Istilah negara tabir besi juga merujuk kepada negara dalam blok Soviet.
LysenkoismLysenkoismeBiologiGenetikFahaman pseudosains yang berkembang di Soviet Union antara 1931 � 1965. Fahaman ini yang diterajui oleh T.D. Lysenko (1898 � 1976) tidak menerima konsep gen yang mempercayai pewarisan ciri-ciri perolehan.
socialist realismrealisme sosialisKesenianTiadaStail seni lukis rasmi Soviet Union yang berbentuk realis dan bertemakan sosialis.
Komitet Gosudarsvenoy BezopanostiKGBSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat Polis Rahsia Soviet.
1234

Kembali ke atas