spam | spam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | E-mel yang tidak diundang oleh penerima. Kandungan e-mel tersebut biasanya berbentuk iklan, berita palsu, kod hasad seperti virus, atau apa juga bentuk teks, grafik, atau fail lampiran. |
spamware | perisian spam | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian yang digunakan oleh penspam untuk menghantar e-mel spam secara automatik. Pakej perisian ini juga termasuk dalam alat pungutan e-mel. |
honeypot method | kaedah umpan madu | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah yang digunakan untuk memerangkap aktiviti pengguna hasad dengan menyediakan ruangan palsu yang boleh menarik perhatian pengguna hasad. Contoh, suatu laman web papan mesej atau buletin boleh disertakan dengan ruangan mesej yang tidak boleh dicapai oleh pengguna biasa melalui kaedah biasa, ataupun beberapa alamat e-mel palsu yang tidak pernah digunakan boleh disediakan dalam sebuah pelayan e-mel. Apabila penjana spam menghantar mesej ke ruangan mesej atau alamat e-mel tersebut, aktiviti berkenaan boleh dipantau dalam masa nyata dan dianalisis dengan teliti untuk mendedahkan lokasi sebenar pengguna hasad. Pentadbir sistem kemudiannya boleh bertindak memerangkap atau menghalang pengguna hasad daripada mencapai pelayan tersebut. Lihat juga umpan madu. |