Peloponnesian War | Perang Peloponesia | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Peperangan yang bermula pada tahun 431 SM antara dua pakatan tentera yang diketuai oleh Athens dan Sparta. Punca permusuhan yang mengakibatkan peperangan ini ialah persaingan perdagangan dan kekuasaan tentera laut antara Athens dengan Corinth. Athens merupakan salah sebuah negara bandar Greek yang berpengaruh dan mengetuai pakatan yang terdiri daripada beberapa buah negara bandar lain seperti Rhodes, Miletus dan Corcyra, manakala Corinth pula merupakan salah sebuah negara bandar yang menganggotai Liga Peloponesia, iaitu pakatan yang diketuai oleh Sparta. |