spectrophotometer | spektrofotometer | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk mengukur cahaya yang diserap oleh sampel. Teknik spektrofotometer kebanyakannya digunakan untuk mengukur kepekatan zarah (zat terlarut) dalam larutan sampel, dengan mengukur cahaya yang diserap oleh zarah larutan dalam kuvet yang diletakkan dalam spektrofotometer. Spektrofotometer terdiri daripada spektrometer dan fotometer. |
double beam spectrophotometer | spektrofotometer dua alur | Kimia | Kimia Analisis | Spektrofotometer yang mempunyai dua alur cahaya yang berasal daripada satu sumber yang dipecahkan kepada dua. Satu litar fotoelektrik digunakan untuk mengukur perbezaan serapan apabila dua alur cahaya tadi melalui suatu medium yang sama. |
dual wavelength spectrophotometer | spektrofotometer panjang gelombang duaan | Kimia | Kimia Analisis | Spektrofotometer yang digunakan untuk melakukan pengukuran fotometri bahan-bahan secara menyinari suatu sampel dengan dua sinaran yang mempunyai panjang gelombang berbeza iaitu berasal daripada dua sumber berlainan. |
ultraviolet visible UV/Vis spectrophotometer | spektrofotometer ultraungu tampak (UV/Vis) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk menentukan sebatian kimia dengan mengukur penyerapan cahaya yang merentasi ultraungu dan cahaya tampak. |
photomultiplier tube | tiub pemfotoganda | Kimia | Kimia Analisis | Fotosel yang mempunyai dinod yang digunakan untuk memperkuat arus pancaran melalui penggandaan elektron. Ia digunakan sebagai pengesan kebanyakan spektrofotometer. |