pathyway length | panjang laluan | Kimia | Kimia Analisis | Jarak atau panjang laluan alur cahaya dalam spektrometer misalnya spektrometer inframerah dan ultralembayung yang ditentukan oleh tebal sel yang diisi dengan sampel. |
mass spectrometer | spektrometer jisim | Kimia | Tiada | Spektrometer yang digunakan untuk menentukan jisim atom atau molekul dan bilangan relatif isotop yang berlainan. Dalam spektrometer jisim, sesuatu gas menghasilkan ion positif apabila dihentam oleh elektron yang bergerak dengan halaju yang sama melalui medan magnet; medan ini akan memesongkan ion positif tersebut. Pesongan bergantung pada nisbah jisim, m, terhadap cas, e (iaitu m/e). Ion dengan nisbah m/e yang lebih kecil akan lebih terpesong berbanding dengan nisbah m/e yang lebih besar. Misalnya, 63Cu2+ (m/e = 31.5) akan lebih terpesong berbanding dengan 63Cu+ (m/e = 63) atau 65Cu2+ (m/e = 32.5). |
magnetic spectrometer | spektrometer magnet | Kejuruteraan | Tiada | Spektrometer yang menggunakan medan magnet bagi mengukur ketegaran magnet zarah bercas. |
chopper spectrometer | spektrometer pemenggal | Kejuruteraan | Tiada | Spektrometer sinaran yang mempunyai pemenggal neutron untuk mengukur masa penerbangan. |
Bragg spectrometer | spektrometer Bragg | Kejuruteraan | Tiada | Spektrometer yang menggunakan hablur untuk pembelauan bagi mendapatkan sinar x dan sinar gama lembut di samping neutron lambat. |
ionization spectrometer | spektrometer pengionan | Kejuruteraan | Tiada | Spektrometer yang menggunakan hablur untuk pembelauan bagi mendapatkan sinar x dan sinar gama lembut di samping neutron lambat. |
scanning gamma spectrometer | spektrometer gama imbasan | Kejuruteraan | Tiada | Spektrometer yang digunakan untuk analisis amplitud denyut secara imbasan bagi output pengesan. |
spectrometer | spektrometer | Kimia | Tiada | Alat untuk mengkaji spektrum pelbagai panjang gelombang daripada sumber sinaran elektromagnet. Spektrometer terdiri daripada teleskop, parut belauan atau prisma yang terletak di atas permukaan rata yang dapat diputarkan, dan kolimator. Kolimator digunakan untuk menyediakan alur cahaya yang selari, yang kemudian diserakkan dengan prisma menjadi warna-warna spektrum. Teleskop diputarkan secara bulatan berskala supaya panjang gelombang warna spektrum yang berbeza dapat diperhatikan. |
mass spectrum | spektrum jisim | Kimia | Tiada | Spektrum yang terhasil daripada spektrometer atau spektrograf jisim. Spektrum jisim digunakan untuk mengetahui formula dan struktur kimia sebatian. Spektrum ini juga membolehkan ukuran berat atom dan molekul diketahui dengan tepat. Lihat juga spektrometer jisim. |
spectrometer | spektrometer | Geografi | Tiada | Tiada |