Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spé.ku.la.si] | سڤيکولاسي

Definisi : (spékulasi) 1. perenungan, tafakur; 2. pendapat (kesimpulan, dugaan, dll) yg tidak berdasarkan kenyataan atau fakta-fakta; 3. perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dll) dgn harapan utk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko besar pula; berspekulasi membuat spekulasi: saya tidak ingin ~ lebih lanjut lagi; penspekulasi orang yg membuat spekulasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spé.ku.la.si] | سڤيکولاسي

Definisi : /spékulasi/ 1 pelaburan yg melibatkan risiko yg tinggi tetapi ber­kemungkinan mendapat untung yg banyak: Permintaan wang utk tujuan ~ lebih bermotifkan keuntungan. 2 pen­dapat, kesimpulan, dugaan dll yg tidak berdasarkan kenyataan atau fakta: Itu merupakan ~ yg menjadi cabaran kpd pasukan merah kuning utk membuktikan keunggulannya sbg penyandang Piala Malaysia. berspekulasi membuat spe­ku­lasi: Saya tak ingin ~ lebih lanjut lagi ttg perkara itu. menspekulasikan menjadikan sbg bahan spekulasi: Jika ditukarkan dlm mana-mana mata wang sekalipun, emas boleh dispekulasikan. Pernyataan Bersama itu akan membuah­kan hasil spt yg dispekulasikan. pen­spekulasi orang yg membuat speku­lasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spekulasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
planning blighthawar perancanganPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKeadaan bangunan yang usang atau tanah terbiar yang disebabkan oleh spekulasi tanah atau kelewatan pembangunan.
capitalismkapitalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem ekonomi bebas yang membenarkan pemilikan modal dan persaingan tanpa sekatan. Dari segi penggunaannya, konsep ini menghuraikan satu fahaman yang merujuk kepada hak individu atau sesebuah kumpulan untuk menjual dan membeli sesuatu barangan sama ada buruh, tanah dan juga wang dalam pasaran bebas. Fahaman ini berasaskan kepada konsep pasaran bebas atau laissez-faire yang sangat bergantung kepada peraturan pasaran yang ditentukan oleh aktiviti-aktiviti pasaran itu sendiri seperti turun naik harga, spekulasi dan permintaan. Dalam sistem ini, pihak pemeritah hanya berperanan sebagai sebuah institusi yang menyediakan infrastruktur pasaran dan bertindak sebagai pengadil atau kuasa pengimbang sekiranya wujud pertelingkahan atau konflik di kalangan aktor-aktor pasaran. Konsep kapitalisme mula digunakan oleh seorang tokoh pemikir iaitu Thackeray (1854). Karl Marx (1818-1883) pula mentakrifkannya sebagai sistem pengeluaran kapitalis. Dari sudut sejarah, konsep ini mula berkembang dan mantap di Eropah di antara abad ke-16 dan ke-19. Contohnya, Great Britain, Perancis dan Amerika Syarikat merupakan negara kapitalisme. Sinonim faham kapitalis.

Kembali ke atas