Duchenne muscular dystrophy | distrofi otot Duchenne | Biologi | Genetik | Keadaan apabila spesies-spesies dalam satu genus mempunyai bilangan diploid kromosom yang berbeza. |
species transformation | transformasi spesies | Biologi | Genetik | Transformasi sesuatu spesies (A) kepada spesies lain (B) sewaktu peredaran masa, yang tidak meningkatkan bilangan spesies kerana spesies A dan B tidak wujud bersama. |
chaetotaxy | ketotaksi | Biologi | Entomologi | Pola atau susunan bulu kejur pada badan serangga yang digunakan dalam pencaman dan pengelasan serangga, atau digunakan untuk membezakan spesies-spesies yang serupa. |
gamma diversity | kepelbagaian gama | Biologi | Ekologi | Penggantian spesies dengan spesies yang paling sesuai pada sesuatu habitat, yang terjadi di suatu kawasan geografi yang luas. Lihat juga kepelbagaian alfa, kepelbagaian beta. |
social parasitism | parasitisme sosial | Biologi | Ekologi | Parasitisme sesuatu spesies terhadap spesies lain. Misalnya, burung mati anak, Cacomantis merulinus tidak membuat sarangnya sendiri, sebaliknya meletakkan telurnya di dalam sarang burung lain, dan apabila telur tersebut menetas, anak burung itu akan dijaga oleh induk angkatnya. |
pioneer species | spesies perintis | Biologi | Ekologi | Spesies organisma yang ahlinya cenderung menjadi spesies pertama di tanah lapang. Spesies ini selalunya tidak tolerans terhadap persaingan, dan pupus apabila populasinya terus berkembang, misalnya kangkung laut, Ipomea pes-caprae, di pantai berpasir. |
interspecific relationship | hubungan interspesifik | Biologi | Ekologi | Hubungan antara satu spesies dengan spesies yang lain. Hubungan interspesifik terdiri daripada tiga jenis, iaitu neutralisme, simbiosis, dan antogonisme. |
species | spesies | Herba | Botani dan Bioteknologi | Golongan organisma yang mempunyai sifat yang sama. Spesies berada pada kedudukan bawah genus dan terletak di kedudukan lebih atas daripada subspesies. Spesies merupakan perkataan kedua bagi nama saintifik organisma dalam penamaan saintifik. Spesies menunjukkan tumbuhan tersebut telah dikenal pasti dengan lengkap oleh ahli taksonomi. Contohnya �longifolia� bagi �Eurycoma longifolia� (tongkat ali). Perkataan ini ditulis dalam italik dan huruf pertama ialah huruf kecil. Terdapat nama spesies yang diberikan menggambarkan ciri tumbuhan tersebut. Contohnya, �longifolia� yang bermaksud daun panjang. |
Batesian mimicry | kemimikan Batesian | Biologi | Ekologi | Kemimikan spesies yang boleh dimakan dengan spesies yang tidak boleh dimakan oleh pemangsa untuk melindungi diri. Misalnya, spesies rama-rama yang boleh di makan oleh burung menyerupai spesies rama-rama yang tidak boleh dimakan oleh burung. |
crassulacean asid metabolism (CAM) | metabolisme asid krasulasean | Botani | Tiada | Laluan fotosistesis bagi kebanyakan tanaman jenis sukulen. Spesies CAM mengikat asid 4-karbon dengan PEP karboksilase sama seperti spesies C4 tetapi hanya berlaku pada waktu malam apabila stomata terbuka dengan menggunakan tenaga yang terhasil daripada glikolisis. Tanaga cahaya yang menyebabkan terhadinya kitar Calvin, mengambil karbon dioksida daripada asid 4-karbon seperti tindak balas pada sel selaput berkas pada spesies C4. Kloroplas pada spesies CAM lebih menyerupai spesies C3. Dalam persekitaran yang baik, kebanyakan spesies CAM menukar fungsi stomata dan karboksilase sama seperti spesies C3. |