specific growth rate | kadar tumbesaran spesifik | Perikanan | Akuakultur | Kadar pertambahan berat biojisim dalam tempoh tertentu. Dalam lengkung sigmoid yang berlaku antara fasa penyesuaian dan fasa pegun, pertumbuhan biojisim mengikuti persamaan garis lurus adalah seperti yang berikut: ln Fm = Sg t + ln Im dan diolah kepada: Sg= (ln Fm - ln Im)/t di mana Sg ialah kadar tumbesaran spesifik, Fm ialah biojisim akhir, ln Im ialah biojisim awal dan t ialah tempoh masa. |
specific rotation | putaran spesifik | Herba | Tiada | Putaran optik suatu sebatian kimia yang diukur pada kepekatan, suhu, panjang gelombang cahaya dan pelarut tertentu. Contohnya, larutan 1 g/ml kamfor semula jadi dalam alkohol mempunyai nilai +40.0 hingga +43.0 diukur pada suhu 20�C, panjang gelombang 589.3 nm dan sel berukuran 1 dm. |
learning objective | objektif pembelajaran | Pendidikan | Tiada | Kenyataan yang spesifik tentang perkara yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh pelajar bagi menunjukkan pencapaian matlamat pembelajaran. |
haplotype inference | pentaabiran haplotip | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Corak pertautan yang spesifik di antara varian nukleotida individu yang memberikan maklumat kritikal dalam memahami asas genetik penyakit manusia. |
ionic molar conductivity | kekonduksian molar ion | Kimia | Kimia Analisis | Kekonduksian ionik spesifik bagi satu larutan elektrolit dengan isi padu unit dalam ml yang mengandungi 1 mol elektrolit. |
formulary | formulari | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Senarai preskripsi ubat yang ditentukan oleh pelan penjagaan kesihatan yang spesifik. Senarai preskripsi ini dibangunkan berdasarkan penilaian berkaitan dengan kemujaraban ubat, keselamatan ubat dan keberkesanan kos ubat. Fungsi utamanya adalah untuk mengkhususkan ubat yang dibenarkan digunakan di sesebuah hospital, sistem penjagaan kesihatan atau polisi kesihatan tertentu. |
isosteric surface | permukaan isosterik | Sains | Tiada | Permukaan yang isi padu spesifiknya tetap. Oleh sebab isi padu spesifik merupakan songsangan ketumpatan maka permukaan isosterik juga isopiknik. |
emphysema | emfisema | Herba | Fitoterapi | Keadaan yang dicirikan oleh pengembangan udara pada tisu badan yang lazimnya berlaku di paru-paru. Secara spesifik, keadaan paru-paru mengalami pembesaran alveoli yang tidak normal kerana kehilangan keanjalan yang dicirikan seperti sesak nafas. |
multicasting | multisiaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Satu bentuk penyiaran yang memancarkan maklumat media penstriman dan data lain kepada berbilang penerima yang spesifik dan diketahui alamatnya pada satu masa yang sama. Contohnya, audio siar bahan pengajaran. |
domain-referenced assessment | pentaksiran rujukan domain | Pendidikan | Tiada | Pentaksiran yang direka bentuk untuk menyediakan maklumat tentang pembelajaran pelajar dalam domain kandungan yang spesifik. |