Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spé.si.men] | سڤيسيمن

Definisi : (spésimen) contoh, sampel: berdasarkan ~ darah yg akan dianalisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spé.si.men] | سڤيسيمن

Definisi : /spésimen/ tumbuhan, hai­wan, bahan galian dsb yg dijadikan contoh utk mewakili spesiesnya atau jenisnya, yg digunakan dlm kajian sains atau utk tujuan pameran; sampel: Bilik pameran itu dipenuhi ~ organ badan manusia dan gambar-gambar penyakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spesimen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
voucher specimenspesimen baucarHerbaTiadaPemaparan spesimen bahagian herba terawet yang disediakan menurut kaedah tertentu. Spesimen baucar ini disimpan dalam herbarium bagi tujuan rujukan dan pengenalpastian herba berdasarkan ciri morfologi.
smearsmearKejururawatanTiadaSpesimen yang diambil daripada bahagian badan dan dicalitkan pada slaid mikroskop untuk tujuan pemeriksaan.
herbariumherbariumHerbaTiadaTempat menyimpan koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang diawet dan dikelaskan secara sistematik. Tempat ini memiliki ciri bangunan, kemudahan, peralatan, kakitangan terlatih dan jaringan kepakaran yang memenuhi syarat tertentu. Contohnya, herbarium di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
copysalinan; naskhah; kopiPerpustakaanTiada1. Teks atau ilustrasi untuk dicetak. 2. Naskhah: Satu spesimen buku bercetak. 3. Salinan: Bahan yang terhasil melalui kaedah fotografi, proses hasil semula atau kaedah-kaedah lain.
sensitivitykepekaanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKepekaan radiograf yang terhasil untuk mengesan ketakselanjaran atau ketaksempurnaan spesimen yang diuji.
subject contrastkontras subjekTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPerbezaan darjah kegelapan antara dua kawasan berhampiran yang ditunjukkan dalam filem radiograf untuk spesimen yang sama. Kontras subjek turut dipengaruhi oleh tenaga penembusan sinaran.
immersion techniqueteknik rendamanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu teknik dalam ultrasonik yang digunakan apabila sampel ujian dan prob direndamkan di dalam tangki yang berisi cecair untuk mengesan ketakselanjaran dalam bahan. Dalam kes ini, cecair tersebut beraksi sebagai bahan pengganding manakala prob berada pada jarak tertentu daripada spesimen.
Good Agricultural Practices (GAP)Amalan Pertanian Baik (GAP)HerbaTiadaGaris panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dilakukan untuk penanaman herba. Panduan ini penting untuk tujuan rekod dan dokumentasi data dan maklumat semasa penanaman bahan herba tersebut. Aspek yang terangkum dalam panduan ini termasuk pengenalpastian tanaman herba (pemilihan spesies herba yang betul, penentuan identiti botani dan penyediaan spesimen baucer), kaedah, peralatan dan bahan penanaman (pemilihan kawasan yang sesuai dari segi persekitaran ekologi dan kesan sosial, cuaca, jenis tanah, sistem pengairan, penyelenggaraan dan pengawalan terhadap makhluk perosak), penuaian dan personel. GAP ini merupakan langkah pertama dalam proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal sumber semula jadi herba untuk kegunaan berterusan. Sinonim GAP.
analytical reportlaporan analisisHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen yang mengandungi maklumat proses dan data pengujian untuk menentukan kualiti bahan atau produk akhir herba. Laporan analisis mengandungi keputusan semua piawai, sampel kawalan kualiti dan laporan pengesahsahihan analisis. Beberapa kromatogram atau data mentah yang berkaitan harus disertakan merangkumi seluruh julat kepekatan untuk semua piawai, sampel kawalan kualiti dan spesimen yang dianalisis.
microscopical examinationpemeriksaan mikroskopiHerbaTiadaKaedah untuk menentukan ciri bentuk, struktur sel, saiz, warna, permukaan, tekstur dan rupa bahan herba seperti daun, bunga, buah, biji, batang, kulit kayu, akar, rizom dan sebagainya dengan menggunakan mikroskop. Kaedah ini berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk utuh atau yang telah diserbukkan. Bahan herba biasanya dirawat dengan bahan pelekap tertentu untuk melihat struktur tisu dan sel di bawah mikroskop cahaya. Setiap bahan herba mempunyai ciri mikroskopi tersendiri seperti stomata, trikom, fiber, vesel dan kandungan sel ergastik yang spesifik. Ciri ini boleh digunakan untuk membezakan antara spesies tumbuhan dan pemiawaian bahan herba. Contohnya, sel stomata akan kelihatan pada permukaan bawah spesimen daun, sel debunga pada bunga dan sel kanji pada rizom. Parameter kuantitatif seperti indeks stomata boleh digunakan untuk membezakan spesies yang hampir sama.

Kembali ke atas