Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (an organ near the stomach) limpa; 2. (fml & liter.) anger, kemarahan: he vented his ~ on me, dia melepaskan kemarahannya kpd saya; in a fit of ~ he slapped me, ketika kemarahannya meledak, dia menempeleng saya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spleen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spleenlimpaPerubatanTiadaOrgan berbentuk seperti kura-kura yang terletak di bahagian atas dan kiri abdomen. Organ ini berfungsi dalam pemusnahan sel darah merah, penapisan dan penyimpanan darah serta penghasilan limfosit.
spleenlimpaBiologiHistologi dan SitologiOrgan vaskular vertebrat yang menghasilkan limfosit (sel darah putih) dan juga menjadi tempat sel darah merah dimusnahkan, lalu membebaskan hemoglobin dan ditukarkan menjadi bilirubin di dalam hati. Limpa juga bertindak sebagai takungan darah dan berfungsi membentuk sel darah merah yang baru di dalam fetus dan bayi.
spleenlimpaVeterinarPraklinikalOrgan limfoid yang berkaitan dengan sistem edaran. Limpa terletak di kranial kiri abdomen dan terlekat pada perut melalui tisu penyambung atau ligamen gastrosplenik. Fungsi limpa adalah sebagai penyimpan darah; pembuang zarah daripada sistem edaran dan menyaring eritrosit abnormal.
sago spleenlimpa saguVeterinarTiadaTiada
strawberry spleenlimpa strawberiVeterinarTiadaTiada
middle rhymerima tengahKesusasteraanTiadaRima yang ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima tengah juga terjadi apabila dua atau beberapa perkataan berima terdapat dalam satu-satu baris. Contohnya seperti dalam puisi berjudul �Patience� oleh W.S. Gilbert: Then a sentimental passion of a vegetabile fashion, Must excite your languid spleen, An attachment �a la Plato, for a bashful young potato, Or a not too French French bean! Contoh rima tengah dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pohon sena,cabangnya empat, Mari tebang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri.

Kembali ke atas