Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spon.tan] | سڤونتن

Definisi : tidak dgn paksaan, dgn desakan atau gerak hati sendiri sahaja, berlaku atau tercetus dgn sendiri (tidak dgn dipaksa-paksa atau setelah dirancang-rancang): kita ingin melihat penyair-penyair secara ~ menyuarakan sesuatu yg berfaedah utk insan sejagat; penerimaan dan pengertian masyarakat terhadap sesuatu yg baru tidak selalunya ~; kespontanan keadaan spontan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spon.tan] | سڤونتن

Definisi : berlaku (bergerak, terjadi dll) serta-merta menurut gerak hati sendiri dan tidak dgn paksaan atau dgn desakan orang lain: Orang ramai secara ~ telah memberikan bantuan kpd mangsa-mangsa banjir itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
spontan (adverba)
Bersinonim dengan serta-merta, segera.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accountcerita spontanSains KesihatanTiadaNaratif spontan yang membolehkan kanak-kanak berkongsi pengalamannya dengan orang lain.
spontaneous speechpertuturan spontanSains KesihatanTiadaPertuturan yang berlaku tanpa sebarang bantuan.
improvisationimprovisasiKesusasteraanTiadaPerlakuan secara spontan oleh seseorang pelakon dalam sesuatu seni persembahan. Contohnya dalam persembahan drama, jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka, pelakon harus tahu menanganinya secara improvisasi, iaitu melakukan gerak, aksi atau ucap yang boleh memberikan reaksi sewajarnya terhadap kejadian yang tidak dijangka itu. Improvisasi berasal daripada perkataan Latin improvisus yang bermaksud �tanpa persediaan�.
improvisationimprovisasiKesusasteraanPuisiPenciptaan puisi secara spontan dan tidak mengalami perancangan teliti, serta penggunaan bahasa yang tidak selektif sifatnya sama ada dalam aspek pemilihan diksi mahupun dalam aspek pembentukan frasa dan kalimat.
cognitive flexibilitykeluwesan kognitifTeknologi Maklumate-PembelajaranKebolehan secara spontan bagi menstruktur semula pengetahuan seseorang untuk bertindak balas kepada perubahan situasi atau permintaan yang radikal. Dalam persekitaran e-pembelajaran, strategi pengajaran ditumpukan kepada persembahan maklumat daripada pelbagai perspektif yang saling berkait, serta penggunaan kajian kes yang mewakili kepelbagaian contoh bagi pembinaan pengetahuan.
disintegratemenyepaiKimiaKimia AnalisisTransformasi nukleus sama ada secara spontan atau aruhan sinaran yang diikuti oleh pemancaran zarah atau foton. Umumnya berlaku pada unsur radioaktif.
activitykeaktifanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKadar pereputan spontan sebarang bahan radioaktif seperti pemancaran zarah alfa, zarah beta, sinar gama dan sinar mengion yang lain. Unit yang digunakan ialah Becquerel (Bq) atau Curie (Ci).
poetrypuisiKesusasteraanTiadaPengucapan yang imaginatif yang lahir daripada perasaan yang mendalam. Puisi melahirkan secara spontan perasaan yang membuak yang timbul daripada gaya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang. Definisi ini diutarakan oleh penyair seperti Wordsworth. Menurut Edwin Arlington Robinson, puisi ialah ungkapan bahasa yang menyampaikan sesuatu mesej melalui reaksi emosi, sesuatu kata-kata yang sukar hendak dinyatakan. Penulisan puisi biasanya menggunakan rima, ritma, matra, baris dan rangkap. Ciri utama bentuk puisi ialah iramanya. Irama dalam puisi biasanya bersifat tersusun dan teratur dan susunan ini memberi variasi kepada keseragaman bunyi apabila puisi itu dibacakan. Dalam penulisan puisi, penyair mempunyai lebih kebebasan dalam membentuk ayat berbanding dalam penulisan prosa. Oleh sebab penulisan puisi agak pendek, maka penulisan puisi memerlukan kepadatan kata-kata bagi menimbulkan kesatuan yang mantap dan berkesan. Bait puisi dihidupkan oleh bahasa yang indah dan imaginatif. Selain itu, bahasa puisi mempunyai nilai konotatif yang tinggi. Contoh puisi Melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teromba, teka-teki, mantera, perbilangan, talibun, ruba�i dan qit�ah. Contoh puisi Melayu moden ialah sajak.
thermal emission ratekadar pelepasan termaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauJumlah pembebasan foton secara spontan disebabkan oleh pergerakan terma cas dalam sesuatu bahan. Sumber pelepasan terma terdiri daripada radiasi elektromagnetik yang merangkumi gelombang radio, gelombang mikro dan inframerah.
romantic poetrypuisi romantikKesusasteraanTiadaPuisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik.
123

Kembali ke atas