standard | standard | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Dokumen yang diterbitkan bagi menghasilkan spesifikasi dan tatacara untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu bahan, produk, kaedah, dan/atau perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Dokumen ini merangkumi pelbagai isu termasuklah protokol yang membantu menentukan kefungsian dan keserasian produk, dan menjamin keselamatan pengguna serta kesihatan orang awam. |
standard risk | risiko standard | insurans | Tiada | Risiko insurans hayat yang berhak mendapatkan perlindungan insurans mengikut penguderaitan standard tanpa pengkadaran tambahan atau larangan khas. |
standard exception | pengecualian standard | insurans | Tiada | Dalam insurans pampasan pekerja istilah ini bermaksud bahawa kumpulan pekerja tertentu dikelaskan berasingan daripada kelas utama untuk tujuan pengkadaran. |
standard policy | polisi standard | insurans | Tiada | Kontrak insurans yang lazimnya digunakan dan isi kandungan kontrak ini biasanya adalah mengikut kehendak undang-undang. |
standard premium | premium standard | insurans | Tiada | Premium yang terdapat dalam insurans pampasan pekerja yang dikira berdasarkan kadar yang digunakan sebelum premium diselaraskan di bawah diskaun premium atau pengkadaran retrospektif. |
herbal reference standard | herba rujukan standard | Herba | Tiada | Lihat herba rujukan piawai. |
Malaysian Standards (MS) | Standard Malaysia (MS) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Dokumen standard rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk keperluan industri di Malaysia. Contoh standard NDT yang dikeluarkan oleh JSM adalah seperti yang berikut: (i) MS ISO 16809:2017 – Non-Destructive Testing Ultrasonic Thickness Measurement, (ii) MS 1317:2007 – Non-Destructive Testing of Welds – Radiographic Testing of Fusion – Welded Joints (Second Revision), (iii) MS 2399:2011 – Non-Destructive Testing of Welds – Magnetic Particle Testing, (iv) MS 2399:2011 – Non-Destructive Testing of Welds – Magnetic Particle Testing, (v) MS ISO 9712:2014 – Non-Destructive Testing – Qualification and Certification of NDT Personnel (ISO 9712:2012, IDT), (vi) MS ISO 3452-1:2014 – Non-Destructive Testing- Penetrant Testing – Part 1: General Principles (ISO 3452-1:2013, IDT), (vii) MS ISO 3452-2:2014 – Non-Destructive Testing– Penetrant Testing – Part 2: Testing of Penetrant Materials (ISO 3452-2:2013, IDT), (viii) MS ISO 3452-3:2014 – Non-Destructive Testing – Penetrant Testing – Part 3: Reference Test Blocks (ISO 3452-3:2013, IDT), (ix) MS ISO 3452-4:2014 – Non-Destructive Testing – Penetrant Testing – Part 4: Equipment (ISO 3452- 4:1998. IDT), (x) MS ISO 3452-5:2014 – Non-Destructive Testing– Penetrant Testing – Part 5: Penetrant Testing At Temperatures Higher Than 50°C (ISO 3452- 5:2008, IDT), (xi) MS ISO 3452-6:2014 – Non-Destructive Testing –Penetrant Testing – Part 6: Penetrant Testing At Temperatures Lower Than 10°C (ISO 3452- 6:2008, IDT), dan MS ISO 17636-1:2017 – Non-Destructive Testing Of Welds – Radiographic Testing – Part 1: X- and Gamma-Ray Techniques with Film (Third Revision) (ISO 17636-1:2013, IDT) |
standard operating prosedure (SOP) | prosedur operasi standard | Sains Kesihatan | Tiada | Tatacara standard bagi pembuatan ubat atau kerja di makmal farmasi. |
standard operating procedure (SOP) | tatacara pengendalian piawai | Ekonomi | Tiada | Tiada |
standard limits | had piawai | Herba | Tiada | Satu angka atau julat angka yang menetapkan had bagi penentuan atau penilaian kualiti sesuatu bahan herba secara kuantitatif. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai bagi kandungan minyak pati bagi temu lawak (Curcuma xanthorrhiza) adalah tidak kurang daripada 50 ml/kg. |