Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sté.réo.taip] | ستيريوتاءيڤ

Definisi : (stéréotaip) tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan (kedengaran dsb): pendekatan dan kaedah pengajaran amat ~, terkongkong, dan konvensional; temanya ~ tetapi perutusannya itu dipentingkan; menstereotaipkan membuat tanggapan stereotaip tentang seseorang atau sesuatu: bahasa yg ~ golongan wanita sbg golongan lemah, sbg suri rumah dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sté.réo.taip] | ستيريوتاءيڤ

Definisi : /stéréotaip/ tidak menunjuk­kan ciri yg baru atau asli; biasa saja spt yg ada: Kaedah pengajaran yg begitu ~ boleh menyebabkan murid tidak berminat lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stereotaip


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genderiectgenderiectKesusasteraanTiadaVariasi percakapan yang membezakan ujaran lelaki dengan ujaran wanita. Kajian genderlect dirangsang oleh feminisme dan pencarian identiti wanita. Perbezaan dalam ujaran dijadikan sebahagian daripada stereotaip seksual tanpa mengira kebenaran dan realitinya. Dalam sesetengah masyarakat, sifat suka membebel dikaitkan dengan wanita secara stereotaip dan kaitan ini dikekalkan dalam peribahasa, jenaka, dan karya kesusasteraan. Feminisme melatar depankan genderlect demi membantah stereotaip ini. Bagi para feminis, perbezaan dalam ujaran wanita boleh diterokai secara positif dari sudut pandangan wanita tentang realiti. Contohnya, genderlect dalam tulisan H�l�ne Cixous dan Luce Irigaray. Ahli antropologi sedar tentang perbezaan ini, namun dalam bidang sosiolinguistik minat mereka terhadap perkara ini bertambah sejak tahun 1970-an. Lihat juga ginokritisisme.
fatphobiafobia gemukPsikologiTiadaSikap terhadap diskriminasi, prasangka, dan stereotaip negatif terhadap orang yang memiliki saiz badan yang lebih besar.
clichekliseKesusasteraanTiadaFrasa sastera atau perkataan dalam jurnalistik yang lazim digunakan, bersifat stereotaip atau elektrotaip.
new comedykomedi baruKesusasteraanTiadaBentuk drama cereka bertemakan cinta dan persoalan kehidupan harian. Komedi ini menggantikan komedi lama Yunani, menjadi asas kepada komedi Shakespeare dan komedi lain yang sama dengannya. Tidak seperti komedi lama, komedi baru mengetepikan unsur satira tentang isu semasa. Plotnya bersifat cereka, wataknya stereotaip dan ceritanya berakhir dengan kebahagian. Di samping itu, unsur korus dalam komedi lama telah digantikan dengan selingan muzikal. Banding komedi lama.
patriarchypatriarkiKesusasteraanTiadaInstitusi sosial yang meletakkan lelaki sebagai pemegang kuasa dominan atau utama. Contoh kuasa boleh diperlihatkan melalui peranan utama yang dimainkan oleh lelaki dalam pentadbiran, institusi sosial, pemilikan, dan pewarisan harta. Patriarki dikaitkan dengan nilai seperti sikap persaingan dan bukan empati, intelek dan bukan intuisi. Nilai ini membawa kepada sikap materialistik dan keinginan untuk berkuasa dan menakluk. Walau bagaimanapun, konsep patriarki tidak membawa maksud monolitik kerana ciri-ciri patriarki turut bergantung pada konteks budaya yang khusus, menyebabkannya berbeza dari satu budaya kepada budaya yang lain. Contohnya, kritikan feminis dalam bidang sains sosial dan kesusasteraan berpusat kepada kritikan hegemoni patriarki. Para pengkritik feminis berpendapat bahawa patriarki dapat dilihat dari pelbagai aspek kehidupan. Contohnya, dalam sektor ekonomi, wanita dibayar upah yang lebih rendah berbanding lelaki walaupun menjalankan tugas yang sama. Dari segi budaya, contohnya dalam media massa, wanita sering dipaparkan stereotaip sebagai lambang seks dan wanita dikatakan kurang pintar berbanding lelaki. Dalam kritikan kesusasteraan dari sudut feminis, diskriminasi patriarki ini didedahkan melalui kritikan terhadap stereotaip watak wanita. Kritikan dari sudut ini menampilkan kejayaan pengarang wanita yang selama ini terabai. Kritikan ini juga mencadangkan gaya penulisan bersifat kewanitaan yang tidak membawa nada yang tegar tetapi lebih bersifat empati. Patriarki berasal daripada perkataan Yunani patriarches, iaitu pater yang bermaksud �bapa� dan archein yang bermaksud �memerintah�. Lihat juga ginokritisisme.
typetipaKesusasteraanTiadaSejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu.
prediction/ forecastramalanKesusasteraanTiadaJalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT.

Kembali ke atas