Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sté.roid] | ستيروءيد

Definisi : (stéroid) (Kim) sebatian organik yg mempunyai struktur gelang tertentu dan terdapat semula jadi dlm tumbuhan dan haiwan, termasuk sesetengah hormon dan vitamin: Ben Johnson didapati positif menggunakan ~ dlm acara 100 meter di Sukan Olimpik Seoul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sté.roid] | ستيروءيد

Definisi : /stéroid/ ist 1 sebatian organik yg mempunyai struktur gelang ter­tentu, dan terdapat secara semula jadi dlm tumbuhan dan haiwan. 2 bahan (hormon) yg dibuat drpd steroid sintatik (tiruan) yg digunakan oleh atlit secara tidak sah dr segi undang-undang utk meningkatkan prestasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata steroid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anabolic steroidsteroid anabolikSains KesihatanTiadaDalam farmakologi, ia merupakan bahan kimia semula jadi atau sintetik yang merangsang reseptor steroid dalam proses fisiologi pertumbuhan atau perkembangan tisu badan.
saponinsaponinHerbaPemiawaianSebatian glikosida terbitan triterpena tetrasiklik seperti steroid atau pentasiklik seperti lupeol dan amirin. Saponin mempunyai ciri yang boleh menghasilkan busa. Sebagai contoh, saponin yang didapati dalam ekstrak kulit pokok beluru (Entada phaseoloides).
testosterontestosteronPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHormon seks jantan yang utama dan merupakan steroid anabolik. Testosteron berperanan dalam perkembangan tisu organ pembiakan seperti testis dan kelenjar prostat serta mewujudkan ciri seks sekunder pada jantan seperti peningkatan jisim tulang dan otot.
vitamin Kvitamin KHerbaTiadaFormula C13H16C1NO. Minyak berwarna kuning yang terlarut lemak bukan steroid dan tak tersaponifikasi yang berguna untuk pembentukan protrombin. Vitamin K dikenali juga sebagai vitamin antihemoraj dan faktor protrombin.
oestrogenestrogenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu hormon seks mamalia betina. Hormon estrogen dikelaskan sebagai steroid dan merupakan hormon penting dalam pembentukan dan pertumbuhan fizikal serta pembangunan ciri seks mamalia betina. Estrogen juga membantu mengawal kitaran seks (haid dan estrus) dan pembiakan mamalia betina. Hormon ini dihasilkan di ovari, sel lemak dan kelenjar adrenal.
antidopingantidopingSukanTiadaTindakan yang menentang atau melarang salah guna dadah (seperti pengedopan darah atau penggunaan steroid anabolik atau hormon pertumbuhan) untuk meningkatkan prestasi sukan.

Kembali ke atas