explication de texte | pemerian teks | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah analisis atau cara pembacaan rapi bagi teks prosa atau puisi. Pemerian teks dipengaruhi oleh corak pengajaran kesusasteraan tradisional, iaitu Practical Criticism yang digunakan dalam sistem persekolahan peringkat menengah di negara Perancis sehingga tahun 1960-an. Pemahaman lebih jelas bagi sesuatu teks sastera dibuat melalui kajian terperinci dengan cara menganalisis aspek linguistik dan menggunakan kaedah stilistik. Analisis sebegini memberi pemahaman yang mendalam dan aspek stail, bahasa, penggunaan simbol dan hubung kait satu bahagian dengan keseluruhan teks tersebut. Pemerian teks penting kepada pengamal teori Kritikan Baharu kerana apresiasi dan penilaian mantap sesuatu teks menjadi lebih berkesan jika tahap pemahaman pembaca mendalam. Kaedah ini mampu mendapatkan suatu interpretasi teks yang bukan sahaja objektif tetapi mantap dari segi teori dan kritikannya. |
legend | legenda | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbentuk prosa. Legenda ialah cerita yang dianggap benar oleh masyarakat kerana cerita ini sering dikaitkan dengan sistem kepercayaan setempat. Namun, legenda bersifat lebih profan berbanding mitos. Legenda yang popular ialah legenda keramat seperti �Keramat Lebai Kader�, �Kerama Kubur Panjang�, dan �Mahsuri�. Legenda tokoh diperlihatkan melalui cerita �Mat Salleh�, �Tok Janggut�, �Puteri Saadong�, dan legenda pendosa seperti �Si Tanggang� dan �Malim Kundang�. |