Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stra.ti.gra.fi] | ستراتيݢرافي

Definisi : (Geo) kajian tentang ciri-ciri lapis-an batu-batan (spt kandungan dan kedudukan relatif) utk menentukan sejarah geologi lapisan tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stratigrafi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reverse stratigraphystratigrafi songsangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUrutan lapisan tanah yang berlaku apabila wujudnya perubahan stratigrafi pada sesebuah tapak disebabkan oleh gangguan manusia, haiwan atau faktor alam seperti banjir terhadap stratigrafi terdahulu. Contohnya, gangguan manusia, haiwan atau faktor alam seperti banjir terhadap stratigrafi terdahulu. Contohnya, gangguan manusia dengan melalukan penggalian bagi tujuan tertentu seperti pengebumian. Apabila perubahan stratigrafi ini berlaku, wujudlah stratigrafi songsang. Stratigrafi ini boleh memberi kesan terhadap data arkeologi kerana susunan atau taburan artifak yang telah terganggu.
stratigraphic trapperangkap stratigrafiKejuruteraanPetroleumPerangkap hidrokarbon di subpermukaan yang terdiri daripada lapisan batuan sedimen yang tak tercangga dan di dalamnya minyak/gas terhimpun disebabkan oleh faktor-faktor stratigrafi; umpamanya perubahan fasa stratigrafi atau penipisan lapisan hingga menjadi ramping, lapisan batuan boleh membaji atau meramping dan jika terapit oleh lapisan batuan yang tak telap bahagian yang membaji ini boleh bertindak sebagai perangkap. Semasa perubahan fasa stratigrafi, batuan itu secara beransur-ansur berubah menjadi batuan yang tak telap dan sehingga dengan sendirinya lapisan batuan itu bertindak sebagai perangkap.
isopachyteisopakitGeologiTiadaGaris di peta yang menghubungkan titik-titik sama ketebalan sebenar bagi suatu unit stratigrafi atau kumpulan stratigrafi tertentu.
stratigraphic trapperangkap stratigrafiKejuruteraanTiadaPerangkap hidrokarbon yang wujud disebabkan oleh faktor stratigrafi.
isofacies mappeta isofasiesGeologiTiadaPeta stratigrafi yang menunjukkan taburan satu fasies atau lebih dalam suatu unit stratigrafi yang tertentu.
archaeological stratigraphy recordrekod stratigrafi arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiRekod yang diperoleh berdasarkan lapisan tanah. Rekod ini merujuk kepada data arkeologi yang dijumpai berdasarkan urutan stratigrafi tanah semasa ekskavasi. Rekod ini juga dapat digunakan sebagai data penentuan tarikh kronologi tapak, lapisan budaya dan fungsi tapak.
vertical-variability mappeta keterubahan-mencancangGeologiTiadaPeta stratigrafi yang menggambarkan kedudukan tegak relatif, ketebalan, dan jumlah kewujudan jenis batuan tertentu dalam jujukan strata atau dalam unit stratigrafi yang ditentukan.
relative chronologykronologi relatifArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah untuk menentukan kedudukan susunan artifak berdasarkan stratigrafi tanah. Secara umumnya, artifak yang berada di stratigrafi paling bawah lebih tua berbanding artifak yang berada di lapisan atas. Kedudukan susunan dapat dilihat dengan memberikan nombor secara urutan seperti 1,2,3 dan seterusnya bermula dari lapisan bawah ke atas untuk melihat susunan kronologinya.
natural stratigraphystratigrafi semula jadiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUrutan lapisan tanah yang tidak mengalami sebatang perubahan atau gangguan oleh alam semula jadi, manusia atau haiwan. Lapisan ini dapat menjadi penentu kepada turutan budaya berdasarkan jumpaan data arkeologi pada setiap lapisan. Stratigrafi ini juga digunakan untuk menentukan kronologi budaya secara relatif dan membandingkan dua lokasi yang berbeza melalui silang budaya.
successive layerlapisan berturutanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSusunan stratigrafi tanah dan kedudukan artifak yang berterusan tanpa terputus. Taburan artifak yang wujud secara teratur dari peninggalan zaman prasejarah hingga protosejarah pada stratigrafi tanah tanpa terdapat kesan gangguan akan memberikan gambaran kronologi budaya di sesuatu tapak. Analisis terhadap lapisan berturutan juga dapat dibahagikan kepada beberapa tahap budaya. Pertama, mengikut kronologi (Paleolitik, Hoabinh, Neolitik) bergantung pada jumlah lapisan dan kategori artifak. Kedua, melihat sama ada kawasan kajian pernah terlibat dalam hubungan antara wilayah (perdagangan) atau berkembang secara setempat.
123456789

Kembali ke atas